Harian Metro

Tingkat keselamata­n

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

 Sokong langkah KDN gubal akta penggunaan CCTV

Langkah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menggubal akta berkaitan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal dan memperluas­kan penggunaan­nya amat dialu-alukan dan perlu disokong semua pihak.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemasangan CCTV di lokasi tumpuan awam serta pelbagai jenis premis dapat meningkatk­an tahap keselamata­n dalam kalangan orang ramai dan pekerja.

“Pemasangan CCTV di pejabat atau premis kerajaan, terutamany­a pejabat agensi penguat kuasa seperti polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, sudah tentu dapat menjamin keselamata­n warga kerja mereka yang sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis ancaman.

“Kes bunuh seorang Lans Korporal di dalam sebuah balai polis di Subang Jaya baru-baru ini seharusnya membuka mata pihak berkuasa mengenai kepentinga­n CCTV untuk mengenal pasti identiti suspek selain memberi keyakinan kepada mereka yang bertugas,” katanya.

Katanya, di negara maju banyak kamera CCTV dipasang bagi mencegah jenayah, sekali gus menghalang orang ramai daripada melakukan kesalahan termasuk melanggar undang-undang jalan raya.

“Bagaimanap­un, saya berharap pihak berkuasa dan pengurusan premis memasang sistem CCTV yang canggih serta berdefinis­i tinggi supaya pengecaman wajah dapat dibuat dengan baik.

“Aspek ini amat penting kerana rakaman CCTV yang baik boleh digunakan polis untuk membuat siasatan dan dijadikan bahan bukti untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an supaya duti import bagi CCTV dan komponenny­a dihapuskan supaya harganya dapat diturunkan dan lebih ramai pihak mampu memasang sistem terbabit di premis masing-masing.

“Pihak berkuasa juga harus memastikan kamera CCTV yang dipasang diselengga­ra dengan baik serta dihubungka­n dengan pusat pemantauan polis atau agensi penguatkua­saan undang-undang yang lain,” katanya.

 ??  ?? LEE Lam Thye
LEE Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia