Harian Metro

MANDATORI GUNA BAHAN BINAAN IBS

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Pihak swasta diberi tempoh peralihan tiga tahun

Penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS), yang berupaya menjadi pemangkin pertumbuha­n sektor pembinaan negara bakal dijadikan mandatori kepada semua pemaju hartanah sektor swasta dan diberikan tempoh peralihan selama tiga tahun bermula tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob berkata, langkah tegas itu adalah usaha kerajaan dalam melaksanak­an satu sistem pembinaan mengikut standard lebih baik, sekali gus membantu mengawal harga rumah di pasaran.

Beliau berkata, pemaju sektor swasta diberikan tempoh tiga tahun untuk mempersiap dan memperkema­skan kembali operasi syarikat supaya mereka dapat mengguna pakai sistem IBS selepas garis masa yang ditetapkan kerajaan.

“Kementeria­n Kerja Raya dan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil inisiatif bersepadu dalam merancakka­n lagi penggunaan sistem ini di sektor swasta secara menyeluruh demi menjayakan dasar pembanguna­n negara.

“Selepas tempoh tiga tahun, sistem IBS wajib dilaksanak­an oleh pihak pemaju swasta kerana ia adalah tunjang dalam mewujudkan permintaan dan penawaran kukuh khusus untuk masa depan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Townhall Mekanisme Mewajibkan Kaedah IBS di sini, semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Muhammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid.

Sesi Townhall dengan tajuk Mekanisme Mewajibkan Penggunaan Kaedah IBS Dalam Industri Pembinaan adalah untuk mendapatka­n maklum balas daripada semua pihak sebagai panduan sebelum kerajaan mewajibkan penggunaan­nya dalam projek pembinaan swasta.

 ??  ?? ZOHARI (kanan), Muhammad (dua dari kanan) dan Ahmad Asri (tiga dari kanan) melihat bahan binaan IBS yang digunakan selepas sesi Townhall di Kuala Lumpur, semalam.
ZOHARI (kanan), Muhammad (dua dari kanan) dan Ahmad Asri (tiga dari kanan) melihat bahan binaan IBS yang digunakan selepas sesi Townhall di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia