Harian Metro

HLIB, TERAJU jalin kerjasama

-

Petaling Jaya: Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLIB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menjalin usaha sama strategik menerusi penambahan dana sebanyak RM350 juta ke dalam program TERAS menjadikan dana terkumpul untuk syarikat Bumiputera mencecah RM2.89 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif HLIB, Jasani Abdullah berkata, daripada jumlah itu, RM225 juta bakal dijadikan sebagai dana modal kerja manakala selebihnya adalah untuk pembiayaan perolehan aset.

Beliau berkata, melalui perjanjian terbabit, HLIB berpeluang mendapat akses kepada perniagaan berpotensi dalam kalangan 1,060 syarikat berdaftar di bawah program TERAS serta syarikat yang akan berdaftar pada masa akan datang.

“Setiap tahun HLIB menyasarka­n untuk menyediaka­n kemudahan pembiayaan bagi 20 hingga 30 syarikat TERAS serta akan menilai mereka berdasarka­n potensi berkembang dalam tempoh lima ke 10 tahun dan keupayaan meluaskan perniagaan ke luar negara.

“Dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memajukan sektor keusahawan­an, HLIB meletakkan keutamaan dalam memajukan segmen perniagaan untuk usahawan, khususnya bagi golongan Bumiputera,” katanya pada majlis pertukaran dokumen pembiayaan Dana TERAS antara HLIB dan TERAJU, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh, Pengarah Kanan TERAJU, Megat Yatim Megat Hamid dan Pengerusi HLIB, Datuk Dr Md Hamzah Md Kassim.

Jasani berkata, pihaknya turut meletakkan sasaran untuk menyediaka­n sehingga 60 peratus daripada kemudahan itu kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera manakala selebihnya untuk syarikat Bumiputera industri tengah.

 ??  ?? JASANI (dua dari kiri) bersama Husni (dua dari kanan) bertukar dokumen Pembiayaan Dana TERAS antara HLIB dan TERAJU, Damansara.
JASANI (dua dari kiri) bersama Husni (dua dari kanan) bertukar dokumen Pembiayaan Dana TERAS antara HLIB dan TERAJU, Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia