Harian Metro

Ahli baru lembaga pengarah, pengurusan kanan Sime Darby

-

Sime Darby Bhd (Sime Darby) mengumumka­n ahli baru lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

Pengerusin­ya Tan Sri Abdul Ghani Othman berkata, ahli baru kedua-dua lembaga pengarah dan pengurusan kanan mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk menerajui perniagaan dalam tempoh mencabar ini dan yakin untuk mengembang­kan syarikat kepada entiti yang lebih kukuh.

“Pengumuman ahli lembaga pengarah tambahan bagi kedua-dua syarikat akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Kumpulan itu berkata, ia melantik Abdul Ghani sebagai Pengerusi Sime Darby Plantation dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi Timbalan Eksekutif dan Pengarah Urusan.

Pengarah lain termasuk Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, Datuk Mohd Nizam Zainordin, Zainal Abidin Jamal, Tan Sri Dr Yusof Basiran, Datuk Zaiton

Mohd Hassan, Muhammad Lutfi, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar dan Tan Ting Min.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia