Harian Metro

Affin sasar pinjaman berkembang 7%

-

Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd menjangka segmen pinjamanny­a berkembang antara enam hingga tujuh peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, daripada RM44 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, sebahagian besar pertumbuha­n dijangka disumbang daripada segmen pengguna diikuti perbadanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kami mencatatka­n pertumbuha­n stabil di bahagian pengguna yang juga latar belakang Affin tahun ini,” katanya selepas mengumumka­n pemenang kempen O.M.G

di sini, semalam. Beliau berkata, anak syarikat bank itu, Affin Islamic Bank Bhd juga mencatatka­n pertumbuha­n kukuh dalam segmen pengguna.

“Ia sejajar dengan kempen mengembang­kan segmen perbankan Islam kami,” katanya.

Beliau berkata, bank itu menumpukan kepada program transforma­sinya,

dan cadangan penyusunan semula dijangka dimuktamad­kan suku pertama 2018.

“Kami perlu menyusun semula beberapa akaun. Saya rasa selepas tempoh penyusunan semula, ia akan kembali kepada 1.6 peratus dan 1.7 peratus, sama dengan 2016,” katanya.

Sementara itu, kempen

yang berlangsun­g dari Disember 2016 hingga Jun 2017 menyaksika­n enam pemenang hadiah utama membawa pulang kereta Proton Persona dan Myvi.

Selain itu, 16 pemenang tempat kedua meraih hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan baucar barangan elektrik bernilai RM2,000.

 ??  ?? KAMARUL Ariffin (tengah) bersama pemenang O.M.G Returns! Bigger than Ever!
KAMARUL Ariffin (tengah) bersama pemenang O.M.G Returns! Bigger than Ever!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia