Harian Metro

Terima 13,000 pelanggan webe di Kelantan

-

Kota Bharu: Telekom Malaysia (TM) mengukuhka­n kedudukan sebagai penyedia Jalur Lebar terbaik di negara ini apabila menerima 13,000 pelanggan perkhidmat­an mudah alih terbaru, webe.

Pengurus Besar TM Kelantan Azman Yusof berkata, jumlah pelanggan diperoleh agak ramai sejak diperkenal­kan lima bulan lalu.

Katanya, tawaran dan perkhidmat­an serta pelbagai kemudahan menjadi tarikan pelanggan.

“TM mahu menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah dalam segmen mobiliti dan melengkapk­an himpunan penawaran kami.

“Bagi pelanggan perkhidmat­an ini, ia memberi kebebasan kepada pelanggan melalui panggilan domestik, sistem pesanan ringkas dan data tanpa had,” katanya selepas Majlis Pelancaran webe peringkat Negeri Kelantan di KB Mall, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kerjaraya, Infrastruk­tur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri Mohd Zaki Ibrahim.

Azman berkata, pihaknya juga menyasarka­n kepada pengguna yang inginkan kepuasan dalam melayari Internet.

 ??  ?? MOHD Zaki (kiri) mendengar penerangan Pembantu Jualan TM, Nur Hafizah Abdul Hamid (kanan).
MOHD Zaki (kiri) mendengar penerangan Pembantu Jualan TM, Nur Hafizah Abdul Hamid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia