Harian Metro

SC umum pelantikan Kamarudin

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) mengumumka­n pelantikan Kamarudin Hashim sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Urusan Pengawasan Pasaran dan Korporat merangkumi jabatan pengawasan institusi, pemantauan korporat, pemantauan pasaran dan analisis risiko.

Kamarudin, yang sebelum ini mengetuai pasukan Pengawasan Pengantara dan Dana sudah bersama SC sejak 1993 dan berpengala­man luas dalam pelbagai bidang termasuk derivatif, bon, pengurusan dana, pasaran modal Islam dan pengawasan.

Salmah Bee Mohd Mydin dinaikkan pangkat kepada Pengarah Pengawasan Pengantara dan Dana, bertanggun­gjawab terhadap pengawasan pengantara pasaran dan pemberian kebenaran dan pelesenan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia