Harian Metro

CEF MASAKAN MINI

- Agensi

 Wanita jadi popular di YouTube selepas hasilkan makanan, kek bersaiz kecil

Seorang wanita memperoleh pendapat lumayan dengan mengendali­kan rancangan memasak makanan bersaiz mini di laman perkongsia­n video YouTube.

Kate Murdoch, 24, mengendali­kan salurannya di YouTube yang dikenali sebagai Tiny Kitchen (Dapur Kecil) yang melihatnya memasak pelbagai makanan, kek dan biskut bersaiz mini.

Lebih menarik lagi, semua peralatan yang digunakan Kate termasuk dapur, periuk, pinggan, cawan dan mangkuk bersaiz kecil.

Kate berkata, dia suka memasak dan gemar menonton rancangan memasak di televisyen serta bercita-cita mengendali­kan rancangan memasaknya sendiri.

“Pada 2013, saya bekerjasam­a dengan adik saya untuk merakamkan saya memasak sebelum memuat naik video itu di YouTube.

“Video itu mendapat sambutan yang menggalakk­an tetapi saya mahu sesuatu yang berbeza sebelum mendapat idea untuk memasak makanan yang kecil dan comel ini,” katanya.

Menurutnya, memasak makanan bersaiz kecil sangat mencabar kerana semua bahan dan peralatan bersaiz mini.

“Dapur yang saya gunakan juga sangat kecil, saya menggunaka­n lilin untuk memanaskan ketuhar, kuali sebesar kuku dan pisau sebesar jarum.

“Orang mungkin bimbang makanan mereka hangus ketika memasak tetapi saya hanya risau tangan saya melanggar peralatan di dapur kecil ini,” jelasnya.

Saluran Kate kini mempunyai 95,000 langganan dan ditonton lebih tujuh juta kali.

Menurutnya, populariti itu menyebabka­n dia kini ditaja beberapa syarikat makanan dan bahan menghasilk­an kek.

 ??  ?? KATE menunjukka­n cara dia memasak makanan menggunaka­n dapur bersaiz mini. - Agensi
KATE menunjukka­n cara dia memasak makanan menggunaka­n dapur bersaiz mini. - Agensi
 ??  ?? DAPUR yang digunakan Kate juga bersaiz mini termasuk peralatan seperti kuali, mangkuk dan pisau. - Agensi
DAPUR yang digunakan Kate juga bersaiz mini termasuk peralatan seperti kuali, mangkuk dan pisau. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia