Harian Metro

100 kapsul dalam perut

- Agensi

Cubaan lelaki Brazil menyeludup dadah dengan menelan 100 kapsul mengandung­i heroin akhirnya terbongkar selepas ditangkap ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi di Bangkok.

Pegawai di Biro Pencegahan Narkotik, Sommai Kongwisais­uk berkata, Paulo Nascimento , 27, ditahan ketika mengambil bagasi di lapangan terbang berkenaan pada Rabu lalu.

“Ketika pemeriksaa­n kami tidak menemui sebarang objek mencurigak­an pada bagasi dan badan suspek itu.

“Kami membawa Nascimento membuat imbasan X-ray dan menemui banyak kapsul dipercayai mengandung­i dadah di dalam perut suspek,” katanya.

Menurutnya, Nascimento datang ke Bangkok dari Brazil melalui Addis Ababa dengan menaiki penerbanga­n Ethiopia Airlines.

Tangkapan itu dibuat susulan satu maklumat ada lelaki dari Brazil cuba membawa masuk dadah ke Thailand.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital di mana dia mengeluark­an 100 kapsul yang disahkan mengandung­i dadah jenis heroin seberat 1.3 kilogram.

“Ketika disoal siasat, Nascimento memberitah­u dia diarahkan menelan dadah berkenaan untuk diseludup masuk ke Thailand,” jelasnya.

Tambah Nascimento, selepas mengeluark­an semua kapsul dadah itu, dia diarah- kan bertemu seorang lelaki di sebuah hotel di kawasan Sukhumvit.

“Nascimento yang bersetuju bekerjasam­a dengan polis kemudian dibebaskan dan bertemu dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Elsonias Da Silva.

“Lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap ketika bertemu dengan Nascimento di hotel berkenaan pada Jumaat lalu,” jelasnya.

 Lelaki ditangkap ketika cuba seludup 1.3 kilogram dadah ke Thailand

 ??  ?? ANTARA kapsul mengandung­i
dadah yang ditelan suspek dalam cubaan untuk diseludup
ke Thailand. - Agensi
ANTARA kapsul mengandung­i dadah yang ditelan suspek dalam cubaan untuk diseludup ke Thailand. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR imbasan X-ray menunjukka­n
kapsul yang mengandung­i dadah
di dalam perut suspek. - Agensi
GAMBAR imbasan X-ray menunjukka­n kapsul yang mengandung­i dadah di dalam perut suspek. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia