Harian Metro

Padah pecah masuk rumah tentera

-

Seorang pencuri yang memecah masuk rumah seorang anggota tentera maut selepas bergelut dengan pemilik kediaman berkenaan.

Kejadian berlaku ketika suspek memecah masuk kuarters anggota tentera udara Indonesia di Waringin Permai, Cipinang Melayu, Jakarta Timur semalam.

Jurucakap polis, Andry Wibowo berkata, suspek menceroboh sebuah rumah di kuarters berkenaan pada pagi semalam yang tidak berpenghun­i.

Tidak lama kemudian, pemilik rumah terbabit, Deni Rono pulang dan terkejut melihat tingkap terbuka, manakala barangan di dalam rumah berselerak.

“Deni terus masuk ke rumah dan terserempa­k dengan suspek yang menutup mukanya serta bersenjata­kan pisau.

“Suspek cuba melarikan diri tetapi dihalang Deni hingga berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Menurutnya, dalam pergelutan itu Deni menikam lelaki berkenaan dengan pisau hingga menyebabka­n suspek maut.

“Deni juga dibawa ke hospital kerana cedera tetapi keadaannya tidak serius,” jelasnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia