Harian Metro

Penjarah ambil kesempatan Taufan Irma

-

Florida (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 32 orang ditangkap di sekitar Florida kerana cuba menjarah rumah dan premis perniagaan yang dikosongka­n kerana Taufan Irma dengan 28 daripadany­a di Miami saja, kata pihak berkuasa tempatan.

Dua orang menyerbu masuk ke sebuah kedai sukan di Orlando dan mencuri pistol sebelum dihalang pasukan SWAT yang dikerahkan ke tempat kejadian.

Seorang daripadany­a menyerah diri manakala rakannya berkurung di dalam bilik air sebelum dibaling bom asap. Kedua-duanya kini dalam tahanan.

Rakaman kamera keselamata­n turut menunjukka­n pelbagai premis yang dikosongka­n dipecah masuk kumpulan orang ramai. Penduduk di Orlando juga mendakwa perompak bersenjata mencari mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat utiliti.

Sementara itu, semalam, Taufan Irma mula melemah dan diturunkan ke Kategori 1 walaupun orang ramai diingatkan terus berjaga-jaga susulan ribut berbahaya masih boleh menyusul di beberapa kawasan selepas ia berlalu.

Gabenor Florida Rick Scott berkata di Twitter: “Walaupun cuma 15 sentimeter, anda masih boleh tergelinci­r atau jatuh seterusnya terkorban dalam air yang bergerak laju.

“Berlindung saja di dalam rumah. Berwaspada­lah.” - Agensi

 ??  ?? GAMBAR diambil daripada rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n penjarah menyerbu sebuah kedai peralatan sukan di Fort Lauderdale, Florida. - Daily Mail SEORANG lelaki mengalihka­n dahan yang terjatuh di atas jalan akibat angin kencang dibawa Taufan Irma...
GAMBAR diambil daripada rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n penjarah menyerbu sebuah kedai peralatan sukan di Fort Lauderdale, Florida. - Daily Mail SEORANG lelaki mengalihka­n dahan yang terjatuh di atas jalan akibat angin kencang dibawa Taufan Irma...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia