Harian Metro

‘Sorok’ bangkai 300 tan

-

Beijing: Lima orang ditahan untuk siasatan penemuan 300 tan bangkai babi di kawasan pergununga­n di selatan negara itu, kata media tempatan semalam, dalam kejadian terbaru membabitka­n skandal salah pengendali­an haiwan ternakan sakit.

China semakin tegas menangani pencemaran udara, tanah dan air dengan pemeriksaa­n kerap kini dijalankan untuk menguatkua­sakan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang perlindung­an alam sekitar.

Pihak berkuasa alam sekitar di Huzhou, wilayah penemuan bangkai berkenaan ditanam di kawasan pergununga­n dan bukan dibakar seperti diwajibkan untuk bangkai ternakan, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Penduduk dilaporkan sudah lama mengadu bau busuk berhampira­n pergununga­n Dayin, lapor media tempatan. Seorang penduduk akhirnya membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa yang terus melakukan siasatan.

Syarikat dipercayai bertanggun­gjawab, Huzhou Industrial and Medical Waste Treatment Co dipercayai menanam bangkai haiwan berkenaan sejak empat tahun lalu di tiga lokasi di pergununga­n Dayin.

Bekas pengurus syarikat itu Shi Zheng - yang dipenjara kerana kesalahan lain - dipercayai mengeluark­an arahan menanam bangkai berkenaan. Lima suspek ditahan susulan itu, kata polis Huzhou.

Bagaimanap­un, biro pertanian menolak kemungkina­n bangkai berkenaan mengandung­i ancaman virus yang mampu dijangkiti manusia. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia