Harian Metro

V Shem, Wee Kiong perlu tenang

-

Kuala Lumpur: Jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan (gambar) mengaku sedih dengan apa yang sedang berlaku terhadap anak buahnya, Goh V Shem-Tan Wee Kiong apatah lagi beliau adalah watak penting yang membolehka­n gandingan berkenaan meraih perak di Olimpik Rio.

Menurutnya, apa yang penting buat kedua-dua mereka ialah menghadapi masalah itu dengan tenang hingga keputusan dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Mereka sendiri mengaku kekalahan (awal di Kejohanan Dunia) disebabkan tidak beraksi dengan baik. Mereka akui sendiri perkara ini, namun saya puji semangat mereka kerana masih lagi boleh berbincang,” kata Jeremy.

Jelasnya, paling penting buat V Shem-Wee Kiong selepas tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Dunia di Glasgow bulan lalu ialah kedua-duanya tidak bergaduh dan mampu untuk mengadakan perbincang­an dalam tempoh yang lama.

V Shem-Wee Kiong bukan saja berjaya meraih perak di Olimpik tahun lalu, namun menduduki ranking nombor satu dunia serta muncul juara Siri Super Akhir di Dubai.

Bagaimanap­un, kedua-duanya tidak berjaya mengekalka­n prestasi konsisten tahun ini sehingga menimbulka­n keresahan dalam kalangan peminat badminton negara yang menggesa BAM agar mengambil tindakan sewajarnya.

Hala tuju V Shem-Wee Kiong dijangka diketahui Isnin depan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM yang akan dipengerus­ikan presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Menurut sumber, mesyuarat yang akan diadakan pada jam 2 petang itu bakal merungkai segala persoalan termasuk sama ada V Shem-Wee Kiong bakal dipisahkan atau tidak.

“Perbincang­an mengenai perkara ini sebenarnya sudah dibincangk­an sejak mesyuarat ‘post-mortem’ 6 September lalu, namun semuanya akan terjawab pada 18 September ini,” kata sumber berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia