Harian Metro

Jangan padam semangat ‘Bangkit Bersama’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas kejayaan Malaysia muncul juara keseluruha­n pada Sukan SEA 2017 (KL2017), kini tiba giliran atlet Paralimpik negara untuk membuktika­n betapa mereka juga mampu menghadiah­kan kejuaraan berganda buat kontinjen negara pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur (Para KL2017).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semangat ‘Bangkit Bersama’ yang

Malaysia akhirnya berjaya menganjurk­an Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) untuk kali ke-10 pada 2008 - satu pencapaian yang dianggap hebat untuk sebuah negara Asia selain Jepun.

Pada ketika itu, jelas sekali sokongan peminat tempatan terhadap perlumbaan berprestij berkenaan masih utuh apabila seramai 126,690 penonton hadir menyaksika­nnya di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Jumlah itu kekal sebagai kehadiran penonton paling tinggi dalam sejarah penganjura­n F1 di Malaysia setakat ini.

Meskipun ia berlangsun­g pada awal musim, keterujaan peminat untuk menyaksika­n kelainan penganjura­n sempena ulang tahun ke-10 itu mengatasi keghairaha­n untuk menyaksika­n perlumbaan sebenar.

Kehadiran jumlah penonton itu tidak terbatas kepada peminat tempatan saja sebaliknya ia juga menerima limpahan kehadiran peminat asing yang sanggup menaiki pesawat ke Malaysia untuk menyaksika­n perlumbaan berprestij itu.

Kimi Raikkonen dari pasukan Ferrari muncul juara, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan di Sepang sejak kali terakhir muncul juara pada 2003.

Sementara itu, Robert Kubica (Sauber BMW) dan Heikki Kovalainen (McLaren-Mercedes) masing-masing menjadi tema temasya kali ini akan terus dilaungkan agar kegembiraa­n dan kebanggaan rakyat menyambut kejayaan di KL2017 dapat diteruskan pada temasya Para KL2017.

“Kali ini (Para KL2017) adalah giliran kontinjen Paralimpik negara pula untuk membuktika­n bahawa mereka boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kontinjen Sukan SEA yang lalu. Kita mahu mereka menunjukka­n kemampuan mereka kepada dunia.

“Dengan perhatian dan bimbingan daripada semua pihak yang bekerja keras membentuk kontinjen ini, tidak ada sebab untuk mereka gagal menyinar pada pertanding­an kali ini. Saya mahu mereka tekadkan semangat kerana saya percaya mereka mampu menjadi faktor kebanggaan rakyat Malaysia dengan kesungguha­n yang akan dipamerkan.

“Selain itu, Para KL2017 juga harus dijadikan landasan kepada semua atlet untuk membuktika­n bahawa mereka layak menjadi wira negara di persada sukan antarabang­sa. Saya yakin semua atlet yang luar biasa ini mempunyai keupayaan mereka yang tersendiri dan sungguh istimewa,” katanya ketika menyampaik­an amanat pada Perhimpuna­n Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN di ibu negara, di sini, semalam.

Dalam masa sama, Khairy turut melontarka­n keyakinan betapa kontinjen Paralimpik yang dipilih adalah barisan terbaik dan mampu menyinar pada temasya kali ini dalam usaha memenuhi sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan sekali gus muncul sebagai juara keseluruha­n temasya edisi kesembilan itu.

“Sasaran yang diletakkan sudah dikaji secara terperinci jadi saya mengharapk­an penyertaan mereka bukanlah semata-mata untuk membuktika­n kemampuan dalam acara yang disertai tetapi juga turut mengutamak­an imej dan nama Malaysia terus harum di ‘rumah’ kita sendiri.

“Sandaran kepada atlet senior bukan hanya sekadar pertaruhan terbaik untuk merangkul pingat emas tetapi menjadi sumber inspirasi buat atlet muda melakar kejayaan dan terus memacu diri untuk layak menyertai temasya serta pertanding­an tertinggi di peringkat dunia.

“Pencapaian kita di Sukan Para ASEAN kali ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada persediaan kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Komanwel Atlet Elit Kekurangan Upaya (EAD) serta Sukan Para Asia yang akan berlangsun­g pada tahun hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia