Harian Metro

Harap tuah tempat sendiri

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

 Pahang yakin atasi Negeri Sembilan dalam aksi pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri diharap menjadi kelebihan kepada pasukan Pahang yang berdepan Negeri Sembilan dalam perebutan Piala Agong di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Membariska­n pemain muda, skuad bimbingan Ruzaidi Abd Rani itu mahu muncul juara pertanding­an yang menjadi aksi pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja bagi mencipta momentum kemenangan musim ini.

Ruzaidi berkata, setakat ini, keyakinan Pahang untuk merangkul Piala Agong begitu menebal dan ia terbukti menerusi kesungguha­n dan semangat tinggi pemain.

Katanya, pengalaman yang dimiliki pemain yang sebelum ini mewakili Tok Gajah pada saingan Piala Belia bawah 19 tahun dan Piala Presiden mampu

(gambar)

membentuk pasukan mantap dalam usaha menjinakka­n lawan.

Menurutnya, kelibat pemain tengah berbakat, Nik Muhammad Sharif Mohd Lazim yang pernah mewakili pasukan kebangsaan diharap menjadi senjata mencipta peluang menghasilk­an gol pada perlawanan itu nanti.

“Saya yakin Piala Agong akan berada di bumi Pahang musim ini, kelebihan akan digunakan sepenuhnya oleh pemain walaupun berdepan tentangan sengit lawan.

“Saya berharap percaturan pada sesi latihan dapat diterjemah­kan pemain pada perlawanan sebenar, kesungguha­n perlu ada pada setiap pemain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ruzaidi berkata, Pahang yang diletakkan di dalam Kumpulan C, akan memulakan saingan Piala Emas Raja-Raja 2017 di Kedah pada 20 September. Kumpulan berkenaan turut dihuni Putrajaya, FELDA United dan Terengganu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia