Harian Metro

BSPFC pamer belang, atasi IPD Subang Jaya

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

Puchong: Pasukan bola sepak Bandar Saujana Putra (BSPFC) menang 2-0 ke atas IPD Subang Jaya pada perlawanan pusingan kedua Piala FA Liga Komuniti Puchong 2017 yang berlangsun­g di padang Taman Sri Puchong,

baru-baru ini.

Kekentalan barisan pertahanan BSPFC menjadi kunci kemenangan apabila berjaya menangkis setiap serangan yang cuba diatur pihak lawan.

Gol pertama BSPFC hadir pada minit terakhir separuh masa pertama melalui tandukan Abdul Rani Mohd Hussein selepas menerima hantaran silang pemain sayap, Megat Muhammad Lutfi Abdul Aziz.

Ternyata selaku pasukan teratas Divisyen 1 liga, BSPFC berjaya menambah jaringan di babak kedua menerusi Megat Muhammad Lutfi yang pantas menyambar bola selepas rembatan pemain veteran, Faizal

Amran terkena tiang IPD Subang Jaya.

Pengurus BSPFC, Muhammad Hafiz Abdul Rahman berkata, perlawanan kali ini agak sukar bagi anak buahnya kerana sebahagian besar pemain lawan mempunyai saiz fizikal yang jauh lebih baik berbanding pemainnya.

“Kami terpaksa mengubah taktik dan usaha itu menampakka­n hasil.

“Saya berterima kasih kepada barisan pertahanan yang berjaya mematahkan serangan lawan walaupun mempunyai saiz badan yang berbeza namun semangat juang yang tinggi menjadi modal untuk kami meraih kemenangan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN BSPFC dan pemain IPD Subang Jaya bergambar sebelum perlawanan bermula.
PEMAIN BSPFC dan pemain IPD Subang Jaya bergambar sebelum perlawanan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia