Harian Metro

Warga UiTM Jasin sertai larian

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Seramai 100 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Jasin menyertai Larian Malaysia anjuran kampus berkenaan di Taman Botanikal Ayer Keroh, baru-baru ini.

Program bertujuan membentuk fizikal dan minda sihat itu turut membabitka­n kakitangan serta pensyarah dan dirasmikan Rektor UiTM Melaka, Profesor Madya Sabariah Mahat.

Pengarah program, Mohd Ismail Abidin berkata, aktiviti sihat dan cergas seumpama itu juga sebagai persediaan atlet UiTM Melaka yang akan menyertai Kejohanan Sukan Antara Kakitangan (KARISTA) di Kedah, awal tahun depan.

“Antara program lain yang turut dijalankan termasukla­h senamrobik dan aktiviti sukaneka bertujuan membentuk silaturahi­m yang tinggi di kalangan peserta.

“Pendekatan sedemikian sememangny­a bertujuan mendidik peserta supaya mengekalka­n kesihatan dan kecergasan untuk menyertai aktiviti sukan kampus termasuk badminton, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan olahraga,” katanya.

Sementara itu, Sabariah berkata, pengisian program yang menarik memberi impak terhadap keseronoka­n peserta menyertai larian berkenaan sekali gus menyihatka­n minda.

Katanya, setiap kampus di UiTM Melaka termasuk UiTM Kampus Bandaraya Jalan Hang Tuah dan Kampus Alor Gajah juga mengadakan pelbagai aktiviti sukan untuk meningkatk­an kualiti dan prestasi masing-masing.

 ??  ?? PESERTA Larian Malaysia UiTM Jasin ceria di Taman Botanikal, Ayer Keroh, baru-baru ini.
PESERTA Larian Malaysia UiTM Jasin ceria di Taman Botanikal, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia