Harian Metro

Nadal juarai Terbuka AS

- AFP

R(gambar)

afael Nadal merangkul kejuaraan Terbuka AS ketiga dan mahkota Grand Slam ke-16 awal pagi semalam selepas membenam pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson 6-3, 6-3, 6-4 dalam tempoh dua jam 28 minit.

Pemain nombor satu dunia itu, yang turut bergelar juara di New York pada 2010 dan 2013, menokok kejuaraan Terbuka AS selepas muncul juara dengan rekod 10 kali pada Terbuka Perancis, Jun lalu.

Musuh lamanya Roger Federer memenangi dua lagi Grand Slam musim ini di Terbuka Australia, apabila menundukka­n Nadal pada final dan Wimbledon, sekali gus menggambar­kan kehebatan dan keperkasaa­n dua jaguh Grand Slam itu belum berakhir.

Jumlah gelaran Grand Slam milik Nadal kini hanya kurang tiga berbanding rekod 19 gelaran yang dirangkul Federer.

Bagi Nadal, ia kejuaraan kelimanya tahun ini dan ke-74 sepanjang kariernya manakala hadiah wang juara AS$3.7 juta (RM15.5 juta) melonjakka­n kutipan hadiah kemenangan­nya menghampir­i angka AS$90 juta (RM378 juta).

“Dua minggu yang istimewa buat saya. Sukar dipercayai apa yang berlaku tahun ini selepas beberapa musim dengan kecederaan serius dan tidak bermain dengan baik,” kata Nadal.

“Ia tahun yang penuh emosi sejak Terbuka Australia. Saya bermain tenis di tahap tertinggi dan menang sekali lagi di sini amat menakjubka­n.”

Nadal turut menyanjung jurulatih yang juga bapa saudaranya Toni yang melatihnya sejak dia berusia tiga tahun namun akan menarik diri daripada pasukannya hujung tahun ini.

“Terlalu besar jasanya kepada saya,” ujar pemain dari Sepanyol itu.

“Tanpanya saya tidak akan berada di sini bermain tenis. Beliau memberikan saya kekuatan dan motivasi. Apabila saya berdepan masalah kecederaan saya berjaya menanganin­ya kerana beliau.”

 Benam Anderson dalam pertarunga­n sengit 2 jam 28 minit, kaut RM15.5 juta

 ??  ??
 ??  ?? ANDERSON membalas pukulan Nadal.
ANDERSON membalas pukulan Nadal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia