Harian Metro

Messi mampu lerai kekusutan Bartomeu

-

Barcelona: Kemenangan 5-0 mengatasi kelab jiran, dibantu pembelian bernilai 105 juta euro (RM530 juta) bagi mendapatka­n Ousmane Dembele dan empat mata di tangga teratas La Liga mengatasi Real Madrid mungkin boleh memberikan sedikit kelegaan buat ahli lembaga pengarah Barcelona. Bagaimanap­un tidak lama selepas keraian jaringan Luis Suarez yang menerima hantaran silang Dembele pada minit terakhir mengatasi Espanyol, gesaan supaya presiden Josep Maria Bartomeu meletak jawatan kedengaran di Nou Camp.

Pada pandangan penyokong, Bartomeu tidak seharusnya bergembira dengan persembaha­n pemain kerana mereka terbabit dalam konflik terbuka di bilik persalinan ketika musim panas yang berserabut berikutan pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain.

Kunjungan Juventus bagi saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok boleh menawarkan peluang untuk membina permulaan baru seterusnya membalas dendam kekalahan pada suku akhir di tangan juara Itali itu musim lalu.

Begitupun, perjuangan untuk menguasai kelab antara penyokong, pemain dan presiden masih berterusan.

Malah selepas pertemuan Sabtu lalu, penyokong beramai-ramai menandatan­gani undi tidak percaya yang dilancarka­n bekas calon presiden Agusti Benedito.

Di sebalik semua masalah di luar padang Barca, di tengah padang mereka masih boleh bergantung harap kepada Lionel Messi bagi menangani masalah paling besar.

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu meledak hatrik hujung minggu lalu untuk menambah jaringanny­a kepada enam setakat ini musim ini.

Bagaimanap­un cara Bartomeu menangani masa depan Messi menjadi satu lagi kayu pengukur buatnya untuk mengatasi tekanan ahli lembaga pengarah kelab.

Barca mengumumka­n persetujua­n dengan Messi untuk menyambung kontraknya hingga 2021 pada 5 Julai lalu.

Namun bintang Argentina yang akan tamat kontrak semasanya hujung musim ini, masih belum menandatan­gani kontrak baru itu sekalipun Bartomeu menegaskan hanya menunggu masa sesuai. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia