Harian Metro

Tekad lupa mimpi buruk

- Reuters

Liverpool bertekad melupakan kekalahan teruk Liga Perdana Inggeris di tangan Manchester City dan bangkit untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Sevilla awal pagi Khamis, kata penjaga gol Simon Mignolet.

Pengurus Juergen Klopp berdepan kekalahan terburukny­a di Liga Perdana apabila Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain dibelasah 0-5 di Etihad, selepas penyerangn­ya Sadio Mane dibuang padang kerana mengasari penjaga gol City Ederson pada minit ke-37.

Liverpool akan kembali ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tiga tahun tidak menyertai kejohanan itu dan Mignolet berkata pasukannya kini memberi tumpuan terhadap perkara positif.

“Kami perlu menghadapi 20 minit dan bagaimana kami bermain sebelum aksi antarabang­sa dan membawanya ke perlawanan berikutnya,” kata Mignolet.

“Sudah pasti kami tidak boleh membiarkan persembaha­n selepas itu, kami perlu berwaspada tetapi kami mempunyai satu lagi perlawanan untuk membuktika­n kemampuan kami sekali lagi.

“Jelas sekali ia sesuatu yang bagus, kejadian itu berlaku pada perlawanan awal dan kami mampu memperbaik­i dan mengubahny­a selepas ini.” Mane, pemain Senegal yang akan digantung tiga perlawanan domestik kerana dilayangka­n kad merah serta merta, dijangka diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara manakala pengatur serangan Brazil Philippe Coutinho untuk akan membuat penampilan sulungnya dalam kempen kali ini.

Coutinho tidak beraksi dalam perlawanan awal Liverpool

 Klopp mahu bangkit benam Sevilla

dan kelayakan Liga Juara-Juara berikutan kecederaan tetapi diturunkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bersama Brazil.

“Kami terfikir adalah baik untuk memberikan­nya latihan yang sewajarnya selama tiga atau empat hari dan dia akan boleh bermain bersama kami, dan ini satu berita gembira,” kata Klopp.

“Phil adalah adalah pemain menakjubka­n, jadi harap kami dapat menggunaka­nnya secepat mungkin.”

Liverpool akan menanti kunjungan Burnley di Anfield dalam aksi liga Sabtu ini.

 ??  ?? MIGNOLET (depan) mahu baiki aksi selepas pertemuan dengan City.
KLOPP
MIGNOLET (depan) mahu baiki aksi selepas pertemuan dengan City. KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia