Harian Metro

Lawan di Pyongyang

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 AFC enggan ubah venue aksi antara Korea Utara, Malaysia

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tetap dengan pendirian untuk meneruskan aksi ketiga Kumpulan B Kelayakan Piala AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia di Pyongyang pada 5 Oktober ini meskipun wujud kebimbanga­n tercetusny­a perang di ibu negara berkenaan.

Berdasarka­n perkembang­an terbaru di Korea Utara ketika ini, Pyongyang baru saja meraikan kejayaan melancarka­n ujian nuklear keenam yang kemudianny­a mencetuska­n kecaman global terutamany­a dari Amerika Syarikat yang melihat tindakan itu sebagai meminta untuk berperang.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pihaknya sentiasa peka dengan situasi yang berlaku di negara Asia Timur itu dan percaya keselamata­n skuad kendalian Nelo Vingada sepanjang berada di sana pasti terjamin.

Malah, selepas ditunda sebanyak dua kali sebelum ini, aksi berkenaan tidak boleh ditangguhk­an lagi dengan Persatuan Bolasepak Korea Utara (PRKFA) sendiri enggan berganjak untuk mengadakan perlawanan itu di negara mereka dan bukannya di gelanggang berkecuali.

“Kita (AFC) baru saja habis perlawanan Korea Utara dan Lubnan tanpa apa-apa masalah keselamata­n mahu pun pengelolaa­n perlawanan yang diadakan di Pyongyang (5 September lalu).

“Malah, pada hari Rabu ini (esok) salah sebuah kelab Korea Utara akan bermain dengan kelab Bengaluru dalam perlawanan AFC dan setakat ini tak ada apa-apa masalah.

“Jadi, Jawatankua­sa Pertanding­an AFC buat masa ini tidak membuat keputusan yang lain daripada bermain di Pyongyang,” katanya kepada Kuala Lumpur: FELDA United tidak akan memandang sebelah mata pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Jumaat ini.

Pengendali FELDA, B Sathianath­an berkata, walaupun PKNP pendatang baru dalam saingan utama Liga Malaysia (Liga-M) dan beraksi di Liga Perdana, ia tidak bermakna anak buahnya bakal berdepan laluan mudah.

Berbanding pasukannya yang dianggotai pemain berpengala­man, Sathianath­an mengingatk­an pemain supaya tidak meremehkan pasukan lawan yang diakui mampu menghukum andai mereka alpa.

“Tiada istilah kami pasukan pilihan dalam aksi suku akhir itu biarpun mereka (PKNP) hanya beraksi di liga kedua tempatan dan mempertaru­hkan pemain muda saja.

“Bagi saya, apabila mereka sudah layak ke suku akhir dengan muncul juara Kumpulan A yang turut diisi pasukan Pahang, saya anggap mereka juga kuat.

“Malah, berdasarka­n keputusan sebelum ini, PKNP berjaya menewaskan Pahang yang juga memiliki ramai Arena Metro, semalam.

Mei lalu, badan induk bola sepak Asia itu terpaksa menunda buat kali kedua pertemuan kedua-dua pasukan selepas turut melakukann­ya pada 28 Mac lalu susulan ketegangan hubungan diplomatik apabila abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu.

Bimbang dengan keselamata­n pemain dan pegawai pasukan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukak­an rayuan memohon agar AFC mengubah venue perlawanan ke gelanggang berkecuali.

Bagaimanap­un, ia ditolak PRKFA apabila memberi jaminan bahawa keselamata­n pasukan kebangsaan terjamin sepanjang berada di negara itu.

Malaysia yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong di Larkin, wajib meraih tiga mata apabila bertemu Korea Utara bagi memperbaik­i kedudukan selepas sekadar mengumpul satu mata untuk berada di tangga tercorot.

 ??  ??
 ??  ?? FELDA United tidak boleh terlalu selesa walaupun dibarisi ramai pemain berpengala­man.
FELDA United tidak boleh terlalu selesa walaupun dibarisi ramai pemain berpengala­man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia