Harian Metro

Gusar kejutan Red Giants

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

 Sandro akui bukan mudah berdepan Selangor, mahu rakan waspada serangan pantas lawan

mampu memberi impak positif pada saingan suku akhir dan seterusnya nanti,” katanya.

Sandro yang beraksi sebagai kapten Kedah dalam perlawanan menentang Kelantan di Stadium Darul Aman kelmarin juga melahirkan kegembiraa­n selepas berjaya meledak satu gol pada minit ke-23 selain satu lagi gol yang dihasilkan Ken Ilso Larsen pada babak kedua.

“Sebagai kapten, sudah pasti saya mahukan usaha yang terbaik untuk pasukan dan saya berpuas hati dapat memberi dan menerima sokongan daripada pemain lain.

“Kemenangan itu harus menjadi mencetus semangat untuk semua pemain dan penyokong Kedah bagi meneruskan rentak kecemerlan­gan memburu kejayaan seterusnya di peringkat suku akhir hinggalah ke final.

“Saya sangat gembira apabila pertama kali diberi peranan sebagai kapten dan dapat menyumbang­kan gol untuk Kedah.

“Selepas sebulan berehat, akhirnya kami kembali mendapat rentak permainan yang diharapkan dan saya lihat semua pemain termasuk pemain muda memberi aksi terbaik dalam perlawanan Sabtu lalu.

“Ramai yang menjangkak­an agak sukar untuk kembali mendapat rentak terbaik selepas rehat sehingga 35 hari tanpa sebarang perlawanan namun kami berjaya melakukann­ya dengan semua pemain memberi komitmen 100 peratus,” katanya.

 ??  ?? AKSI Sandro (kiri) ketika menentang Selangor pada perlawanan Liga Super.
AKSI Sandro (kiri) ketika menentang Selangor pada perlawanan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia