Harian Metro

Janji bantu benam Perak

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih yang membantu skuad itu layak ke suku akhir Piala Malaysia mengaku prestasi yang dipersemba­hkan bersama rakan sepasukann­ya belum cukup mantap.

Justeru, Azam yang membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur mahu segala kelemahan dapat diperbaiki sebagai persediaan menghadapi Perak yang dilihat jauh lebih hebat.

Namun, katanya, kejayaan skuad Tok Gajah mengisi slot lapan pasukan terbaik Piala Malaysia sudah cukup melegakan apatah lagi pengesahan itu hanya diketahui pada aksi terakhir Kumpulan A selepas menewaskan T-Team 3-2.

“Kami harap pertemuan dengan Perak adalah detik kebangkita­n yang akan dipersemba­hkan terutama dari segi prestasi untuk memastikan misi ke final menjadi kenyataan.

“Pada masa sama, kami mahu mengulangi kejayaan Pahang muncul juara berganda Piala Malaysia pada 2013 dan 2014,” kata.

Nor Azam yang menjaringk­an satu gol ketika Pahang menewaskan T-Team, Sabtu lalu berkata, prestasiny­a juga akan dipertingk­atkan kerana masih belum berada pada tahap terbaik.

Pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Maran itu menganggap masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperkema­skan lagi skuad kerana Perak memiliki barisan terbaik.

“Dengan prestasi semasa, kami perlu lebih berwaspada dan memastikan perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya.

Pada saingan peringkat Kumpulan A, Pahang menamatkan aksi di tempat kedua dengan sembilan mata manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pula muncul juara kumpulan dengan 11 mata.

Penyerang import Kedah, Sandro Da Silva menganggap pertemuan menentang Selangor dalam aksi suku akhir Piala Malaysia bukan sesuatu yang mudah jika bersandark­an kepada tradisi serta sejarah panjang yang dimiliki kedua-dua pasukan.

“Saya harap semua pemain terus fokus dan memperbaik­i setiap kelemahan yang ada bagi persediaan menghadapi tekanan hebat pada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor nanti.

“Kita tahu Selangor adalah pasukan yang hebat dan mampu lakar kejutan terutama dalam aspek serangan pantas. Kita perlu bersedia mempamerka­n keupayaan dan kekuatan seratus peratus untuk menandingi kelebihan yang ada pada mereka.

“Saya juga yakin komunikasi yang baik sesama pemain Kedah yang selama ini beraksi sebagai satu keluarga

 ??  ?? PEMAIN Pahang meraikan kejayaan menewaskan T-Team.
PEMAIN Pahang meraikan kejayaan menewaskan T-Team.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia