Harian Metro

Jang fokus baki tiga aksi terakhir liga

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Misi mencapai kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana kini menjadi fokus utama Negeri Sembilan selepas tersingkir di pentas saingan Piala Malaysia.

Skuad Hoben Jang Hoben menamatkan saingan Piala Malaysia dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan PKNP FC pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Kegagalan jentera serangan memanfaatk­an rentetan peluang nyata meresahkan pengendali pasukan, Asri Ninggal yang mengaku betapa skuad bimbingann­ya perlu lebih mantap jika mahu berjaya.

“Kami akan menghadapi baki tiga perlawanan penting dalam liga iaitu menentang PKNP FC di gelanggang lawan pada 19 September disusuli UiTM FC (di tempat sendiri) dan Sabah (tempat lawan).

“Bagi saya, tiga perlawanan itu nanti adalah penentu kepada perjuangan sebenar pasukan musim ini kerana ia akan menentukan sejauh mana impian kita untuk layak ke Liga Super musim depan, akan tercapai.

“Jika melihat kepada persembaha­n pada aksi menentang PKNP FC, Sabtu lalu, nyata sekali kita perlu memantapka­n lagi kekuatan pasukan jika mahu menamatkan baki tiga perlawanan liga itu dengan keputusan cemerlang,” katanya.

Negeri Sembilan kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana dengan mengumpul 38 mata manakala Kuala Lumpur dan Terengganu yang mendominas­i dua tangga teratas, masing-masing mengumpul 41 mata.

Asri menyedari beberapa kelemahan dalam pasukan perlu diperbaiki segera kerana cabaran pada baki saingan nanti dijangka lebih getir dan sukar dengan pasukan lain juga memerlukan kemenangan untuk layak ke liga utama musim depan.

Katanya, pemain perlu kembali berusaha keras memantapka­n persembaha­n bagi menghadapi baki saingan liga sekali gus membawa pasukan menduduki sekurang-kurangnya dua tangga teratas.

“Pemain tidak boleh lagi mensesiaka­n setiap peluang menjaringk­an gol kerana hanya dengan kemenangan saja yang akan mampu memenuhi impian yang kita ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia