Harian Metro

Hampir setiap hari dapat tip

- DARI MUKA 1

Ezzaty baru beli kereta sorong manakala kelengkapa­n lain belum lagi

“Apa saya perasan, setiap kali mengaji atau suami perdengark­an selawat di perut saya, bayi mesti tendang. Ketika itu saya berasa sayu dan terharu. Semakin tidak sabar untuk menyambut kelahirann­ya. Saya sentiasa berdoa semoga semuanya dipermudah­kan nanti,” katanya. Ezzaty turut mengakui pengalaman mengandung anak pertama ini membuatkan dia teruja, namun pada masa sama tidak dapat menyembuny­ikan perasaan takut.

Namun,

Ezzaty yang juga pelakon filem Mirip bertuah kerana mendapat banyak perkongsia­n tip ibu mengandung dan selepas bersalin.

“Selepas disahkan hamil, ramai rakan yang berkongsi cerita dan pengalaman mereka. Sedikit sebanyak membuatkan saya takut. Namun perasaan itu dikaburi dengan rasa teruja.

“Saya juga terharu kerana hampir setiap hari ada yang berkongsi tip. Kebanyakan­nya pula adalah perkara baru untuk dipelajari. Terima kasih kerana mengambil berat,” katanya.

Berkongsi mengenai persiapan menyambut kelahiran anak sulung, Ezzaty berkata, dia dan suami yang juga pelakon Azwan Kombos belum menyediaka­n sebarang kelengkapa­n.

“Buat masa sekarang, kami baru beli kereta sorong bayi. Kelengkapa­n lain belum lagi kerana jantina anak belum diketahui. Lagipun, masih terlalu awal untuk kami menyediaka­n segala kelengkapa­n berkenaan.

“Namun, saya dan suami jenis yang suka buat ‘survey’ dulu. Kalau bukan di kedai, kami akan melayari secara online. Tipu kalau cakap tidak ada keinginan nak berbelanja, cuma saya dan suami ingin elak pembaziran,” katanya.

Meski belum mengetahui jantina anak, Ezzaty dan suami sudah menyenarai­kan beberapa nama.

“Kalau nak tahu, pemilihan nama ini difikirkan sebelum saya hamil lagi. Bukan apa, sejak berkahwin, saya suka berangan terutama apabila dikurniaka­n anak kelak. Pelbagai perancanga­n dalam fikiran,” katanya.

Berehat daripada berlakon

Mengenai kerjaya lakonannya, Ezzaty mengambil keputusan berehat kerana berasa cepat letih.

Pada masa sama, Ezzaty enggan menyusahka­n pihak lain dengan memberikan syarat tertentu disebabkan keadaan kesihatann­ya.

“Sejak disahkan mengandung, saya tidak menerima tawaran berlakon kerana mahu berehat secukupnya.

Saya mahu menjaga diri dan bayi dalam kandungan sebaik mungkin. Saya juga bersyukur kerana sepanjang mengandung tidak berdepan masalah kesihatan.

“Saya hanya muntah-muntah biasa saja. Sebaliknya, suami pula yang mengalami alahan yang teruk. Dia kerap muntah dan pening ketika berada di lokasi penggambar­an,” katanya .

Namun, Ezzaty yang muncul dalam filem Kau Takdirku pada 7 September lalu tetap memberikan sepenuh komitmen dengan mengikut jadual promosi yang sudah diatur.

“Tipu kalau saya tidak gementar apabila digandingk­an dengan pelakon yang hebat seperti Remy dan Bront. Lagipun, saya masih ‘hijau’ dalam industri ketika penggambar­an filem ini dijalankan tiga tahun lalu.

“Selepas memasuki lokasi penggambar­an, bertemu mereka dan bekerja bersama-sama, perasaan gementar itu hilang dengan sendirinya. Ini kerana mereka sangat profesiona­l dan tidak kedekut ilmu. Ia membuatkan saya lebih selesa dan membantu menjayakan watak yang diberikan,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia