Harian Metro

Emraan aktif bantu pesakit kanser

-

Hati bapa mana yang dapat menahan kesedihan apabila anak masih kecil disahkan menghidap kanser yang dipanggil ‘wilms’ iaitu sejenis kanser yang sangat jarang berlaku. Kanser itu juga akan memberi kesan kepada buah pinggang.

Bagaimanap­un, aktor Emraan Hashmi bernasib baik kerana anaknya, Ayan, 7, terselamat dari penyakit itu selepas melakukan pelbagai rawatan. Ayan disahkan menghidap kanser tahap satu ketika dia berusia empat tahun.

Sekarang Emraan terbabit secara aktif memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kanser dan cara merawat serta menghadapi situasi itu.

“Saya terkejut apabila dapat tahu ramai yang tidak mampu mendapatka­n rawatan untuk penyakit kanser. Menurut statistik, empat daripada 10 kanak-kanak yang menghidap kanser gagal dirawat kerana masalah kewangan,” katanya.

Atas kesedarann­ya untuk membantu keluarga yang tidak berkemampu­an, dia menubuhkan yayasan dan tabung kecemasan bagi menolong mereka untuk mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan.

“Yayasan itu bekerjasam­a dengan Rotary Club Of Mumbai. Kami akan memastikan pesakit mendapatka­n rawatan yang sempurna agar mereka boleh terus hidup,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia