Harian Metro

Luaran nampak baik tapi...

-

suka ‘melayan’ wanita tanpa ada ikatan sah?

Maklumlah, melihatkan keperibadi­an artis ini memang nampak baik dan sopan. Namun apabila difikirkan tidak semua orang luarannya baik.

Jika betullah cerita yang disampaika­n ini, SS harap jangan sampai kantoilah. Bukan apa kerjaya baru nak mewangi SS bimbang disebabkan isu ini nama terus tenggelam. SS: Industri seni bukan medan pelacuran.

penyakit darah tinggi dan kencing manis yang terkenal di negara kita, ada satu lagi penyakit yang SS ingin kongsikan.

Penyakit itu adalah lupa diri dan bongkak. Penyakit ini sebenarnya sudah lama wujud pada kebanyakan anak seni yang baru bertatih dalam industri hiburan dan rambang mata melihat kekayaan yang dinikmati selain teruja disimbahi cahaya populariti.

Artis yang dimaksudka­n itu adalah seorang penyanyi kelahiran program realiti yang SS lihat semakin hari semakin parah bongkaknya.

Ramai teman mengadu bahawa penyanyi ini sudah banyak berubah. Selain vokalnya yang semakin mantap, sikapnya juga dikatakan semakin mendongak kelangit.

Buktinya ketika penyanyi ini membuat persembaha­n, ada orang yang berpengala­man besar dalam bidang muzik dapat melihat betapa bongkaknya penyanyi ini.

Tapi yang SS hairan namanya tidaklah begitu popular cuma makin dikenali usai menyertai program realiti itu.

Bagaimanap­un SS doakan semoga hati hitamnya kembali putih. Bukan apa, SS tak nak nanti apabila nama suam-suam kuku baru terhegeh-hegeh mencari simpati.

Ketika itu jangan haraplah SS dan rakanrakan lain mahu membantu memberikan publisiti.

SS: Berubah sebelum semuanya terlewat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia