Harian Metro

BUKAN SEKADAR JUAL

-

kaedah dan proses tertentu bagi memastikan kualitinya terjamin selain mengelak daripada diserang serangga perosak seperti belalang, ulat dan siput babi.

“Selain menjual anak pokok, saya juga memberi penerangan mengenai penjagaan anak pokok selepas ditanam kerana penjagaan anak pokok ketika ia dalam proses membesar sangat penting bagi menjamin pokok berkenaan mengeluark­an hasil yang memuaskan,” katanya.

Menurutnya, selain Musang King, anak pokok Udang Merah antara yang paling mendapat sambutan kerana ia mampu berbuah dengan banyak berbanding durian jenis lain.

“CW juga mendapat sambutan kerana ia durian yang dihasilkan sendiri melalui teknik baji dan boleh diketegori­kan benih terbaru yang mempunyai rasa yang didakwa pelanggan lebih enak daripada Musang King,” katanya yang menyemai sebanyak 300 biji durian pada satusatu masa.

Isterinya, Zalina Abas, 45, berkata, selain menjual durian, dia dan suaminya juga secara tidak langsung memperoleh­i hasil melalui penjualan anak pokok durian itu.

“Biasanya pelanggan yang membeli durian dan merasa durian yang dihasilkan pokok durian di kebun kami akan bertanya berkenaan anak benih pokok durian.

Kami perlu menyediaka­n anak benih itu supaya tidak menghampak­an permintaan pelanggan yang biasanya datang dari jauh.

“Pada musim durian sekarang ramai pelanggan yang datang terus ke kebun untuk membeli durian justeru mereka akan membeli juga anak pokok untuk ditanam di tanah atau kebun buahbuahan milik mereka,” katanya.

Menurutnya, ramai orang boleh menyemai anak benih dan mendakwa ia anak durian Musang King atau sebagainya namun proses menghasilk­an anak benih durian bermutu tinggi tidak semudah itu dan mempunyai sekurangku­rangnya enam kaedah tertentu yang perlu dijalankan. - Ahmad Rabiul Zulkifli

 ??  ?? ISMAIL (kanan) menerangka­n kepada pelanggan mengenai anak benih pelbagai gred. Sebut saja anak jenis pokok durian yang mereka perlukan, saya sedia memenuhi permintaan mereka
ISMAIL (kanan) menerangka­n kepada pelanggan mengenai anak benih pelbagai gred. Sebut saja anak jenis pokok durian yang mereka perlukan, saya sedia memenuhi permintaan mereka
 ??  ?? ISMAIL menunjukka­n durian musang king.
ISMAIL menunjukka­n durian musang king.
 ??  ?? PELANGGAN mengambil peluang menikmati durian CW.
PELANGGAN mengambil peluang menikmati durian CW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia