Harian Metro

‘ROSELLE PENEMANKU’

- Noor Hidayah Tanzizi rencana@hmetro.com.my

Pesara TLDM pilih tanaman hibiscus sabdariffa untuk tambah pendapatan

Berpegang kepada prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya menjadikan seorang pesara Tentera Laut

Diraja Malaysia (TLDM) memilih menanam roselle sebagai ‘medan tempur’ selepas menamatkan perkhidmat­annya.

Alias Ali, 46, memilih roselle atau nama saintifikn­ya hibiscus sabdariffa yang kaya dengan kandungan antioksida­n dan vitamin C diusahakan di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak di Sitiawan, Perak sejak awal tahun ini.

Roselle juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur itu hidup subur tanpa memerlukan pengurusan tanaman yang cerewet.

Menurutnya, selepas menamatkan perkhidmat­an dalam pasukan tentera pada Julai tahun lalu dia memilih menanam roselle atas dasar minat selain turut disokong keluarga dan saranan rakan yang menanam tanaman sama.

“Hingga kini, saya mempunyai 3,000 pokok roselle yang ditanam di atas tanas seluas 0.6 hektar dengan sepokok boleh mengeluark­an hasil mencecah lebih dua kilogram untuk sekali dipetik.

“Roselle antara tanaman yang mudah dan kurang risiko penyakit yang boleh dipetik seawal usia tiga setengah bulan ke empat bulan selepas mengeluark­an putik bunga selepas dua setengah bulan ditanam.

“Ia juga tidak memerlukan air yang banyak dan siraman air ketika musim kemarau sekali sehari sahaja. Tanaman yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan ini ditanam daripada jenis UMKL 1 menggunaka­n tanah gembur berpasir,” katanya.

Katanya, biarpun tanaman itu kaya dengan khasiat namun dia menyedari roselle masih kurang dikenali dan ada segelintir individu tidak mengetahui kegunaan dan cara memasak buah itu.

“Mengikut carian saya roselle di negara kita antara terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik.

“Saya sendiri sudah merasai kelebihan buah itu apabila saya kerap dijangkiti selesema sebelum ini dan menjadikan air roselle sebagai minuman harian saya sudah tidak mengalami masalah itu,” katanya.

Menurut bapa kepada dua anak itu, setakat ini pasarannya agak terhad memandangk­an usaha yang dilakukan masih baru dan hasil dijual kepada penduduk kampung dan rakan yang mengusahak­an produk roselle di sekitar daerah ini.

“Hasil ini dijual dengan harga RM5 sekilogram manakala RM2.50 pada harga borong.

“Kini saya juga sudah membuat benih sendiri dengan mengeringk­an biji roselle selama seminggu sebelum ditanam,” katanya yang memasang impian untuk meluaskan tanaman dan mempelbaga­ikan produk.

Alias berkata, selain dijadikan kordial, roselle juga sesuai dijadikan jus, jeruk, acar, jem dan halwa.

“Malah pucuknya juga boleh ditambah dalam masakan kari atau di buat ulam yang pasti akan digemari,” katanya.

 ??  ?? ALIAS (kanan) mengutip bunga roselle.
ALIAS (kanan) mengutip bunga roselle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia