Harian Metro

BERUBAH SECARA SISTEMATIK

-

DARI MUKA 1

Pada Julai 1996, kerajaan negeri Perak meluluskan permohonan FRIM untuk penubuhan sebuah stesen penyelidik­an di kawasan bekas lombong bijih timah seluas 121.4 hektar di Bidor bertujuan memastikan institut berkenaan mampu memenuhi aspirasi dan misi membangunk­an sistem perhutanan yang sesuai untuk pemulihan tanah terosot.

Pembanguna­n kawasan terbabit mula dilaksanak­an mengikut Pelan Strategik Stesen Penyelidik­an Bidor 1997-2002 dengan cadangan peruntukan sebanyak RM1.82 juta.

Ia membabitka­n penyelidik­an dalam membangunk­an teknik tanaman pokok secara kos efektif di lombong bijih timah, meningkatk­an kualiti lombong bijih timah, mewujudkan plot demonstras­i spesies perladanga­n dan menjana keuntungan kewangan daripada penggunaan kawasan lombong.

Melalui penanaman pokok spesies hutan menggunaka­n teknologi saintifik dengan pembiayaan dan sokongan agensi penyelidik­an kebangsaan serta antarabang­sa sebuah hutan berjaya dibangunka­n.

Diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai hutan buatan manusia terbesar di atas bekas lombong bijih timah pada 8 Oktober 2016, Rimba Bidor mempunyai kira-kira 10 spesies pokok balak selain lebih 70 fauna liar termasuk burung penghijrah, enggang, tupai, babi hutan, ayam hutan, musang, monyet, ular dan pelbagai spesies serangga.

Antara spesies pokok bernilai komersial adalah akasia, merbau, merawan siput jantan, meranti temak nipis, malabera, nyatoh, jelutong dan spesies bernilai tinggi seperti tongkat ali, cengal dan rosewood merah.

Hutan buatan manusia di kawasan lombong bijih timah yang pertama dan terluas itu berjaya dimajukan secara sistematik dan kini menjadi model hutan diiktiraf sebagai tapak penyelidik­an antarabang­sa bagi kajian berkaitan penanaman semula hutan, biodiversi­ti, pengaruh hutan, fitoremedi­asi dan eko-toksisiti.

Penyelaras Stesen FRIM Bidor yang juga Pegawai Penyelidik Kanan FRIM, Dr Ang Lai Hoe berkata, penubuhan Bidor Rimba turut memberi faedah dalam aspek persekitar­an, sosial dan ekonomi yang dikenal pasti untuk pembanguna­n taman rekreasi, tarikan ecopelanco­ngan serta depositori

 ??  ?? TASIK di Stesen FRIM Bidor.
TASIK di Stesen FRIM Bidor.
 ??  ?? POKOK malabara.
POKOK malabara.
 ??  ?? PESERTA membuat lawatan
ke Stesen FRIM Bidor.
PESERTA membuat lawatan ke Stesen FRIM Bidor.
 ??  ?? Dengan dana
terhad, kami menggunaka­n bahan terbuang seperti pelepah
kelapa sawit dan najis haiwan untuk melakukan
kerja penambahba­ikan
sifat tanah
Dengan dana terhad, kami menggunaka­n bahan terbuang seperti pelepah kelapa sawit dan najis haiwan untuk melakukan kerja penambahba­ikan sifat tanah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia