Harian Metro

LESEN RACUN PEROSAK

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Jabatan Pertanian (DOA) komited dalam memastikan racun perosak dikawal dan diuruskan dalam konteks pembanguna­n lestari dengan mengambil kira kesihatan manusia serta alam sekitar.

Ia seperti yang digariskan dalam kod etika Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mengenai Pengurusan Racun Perosak (PRP).

Timbalan Ketua

Pengarah Pertanian (Operasi) Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata, hingga kini terdapat 3,223 produk racun perosak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

Beliau berkata, produk berkenaan dinilai secara terperinci data teknikal dari segi perumusan, tahap toksisiti, keberkesan­an dan residu produk terbabit.

“Kegagalan pihak pendaftar dalam memenuhi keperluan setiap elemen di dalam keperluan data teknikal ini akan menyebabka­n produk itu tidak didaftarka­n penggunaan­nya di negara ini.

“Selain pendaftara­n, LRMP juga terbabit dalam pengeluara­n lesen kepada pengendali kawalan perosak untuk kegunaan awam.

“Keperluan mengikut kaedah di bawah Akta

Racun Makhluk Perosak 1974, mewajibkan setiap pengusaha yang menyediaka­n perkhidmat­an ini mempunyai lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan

Forum Keperluan Semasa Pendaftara­n Racun Makhluk Perosak dan Hari Bertemu Pelanggan DOA di Putrajaya, baru-baru ini.

Jamal Harizan berkata, prasyarat bagi permohonan untuk lesen pengguna racun makhluk perosak dan lesen pembantu pengguna racun makhluk perosak adalah lulus peperiksaa­n yang dikendalik­an LRMP.

“Tujuan utama untuk memastikan pengendali­an kawalan racun makhluk perosak yang dijalankan bukan saja berkesan, malah tidak memudaratk­an penghuni premis dan mengelak pencemaran alam sekitar.

“Kerjasama semua pihak amat diharapkan dalam memastikan mereka yang terlatih dan berlesen memberi perkhidmat­an pengendali kawalan perosak kepada rakyat

Pengguna, pembantu pengguna perlu jalani pemeriksaa­n sebelum dapat

kebenaran

 ??  ?? JAMAL Harizan (tengah) melancarka­n buku ‘Pengesyora­n Racun Perosak Bagi Tanaman Tertentu’.
JAMAL Harizan (tengah) melancarka­n buku ‘Pengesyora­n Racun Perosak Bagi Tanaman Tertentu’.
 ??  ?? PESERTA forum yang hadir.
PESERTA forum yang hadir.
 ??  ?? SESI bertemu pelanggan.
SESI bertemu pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia