Harian Metro

MUSIM PANAS PALING MENCABAR

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Asyriq Aswad kerap ikuti program sama ada riadah atau kebudayaan sepanjang pengajian di Mesir

Berjalan ke kuliah dalam empat musim antara cabaran perlu dihadapi anak muda yang menyambung pengajian di Mesir ini.

Penuntut pengajian perubatan tahun lima di Universiti Mansoura, Asyriq Aswad Md Saufi, 22, berkata, walaupun situasi itu cukup sinonim dalam kalangan pelajar asing dan tempatan tapi ia lebih mencabar ketika musim panas.

“Musim panas di sini boleh mencecah sehingga 42 darjah Celsius jadi, apabila berjalan kaki dan terdedah dengan cahaya matahari terik dengan suasana kering ia agak mencabar.

“Perjalanan dari tempat tinggal ke universiti mengambil masa sekitar 30 minit. Di samping dugaan cuaca, ratarata penuntut memang lebih senang berjalan kaki kerana menjimatka­n masa dan perbelanja­an.

“Jalan raya di sini agak sesak terutama pada waktu puncak dan kerana itu kami lebih gemar jalan kaki. Tambahan lagi, kebanyakan pengangkut­an awam seperti bas dan teksi tidak dilengkapi pendingin hawa, jadi kami memilih jalan kaki saja selain menjimatka­n perbelanja­an,” katanya.

Anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur dan selesa disapa Aswad ini turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di sana.

“Aktiviti kuliah agak padat terutama apabila masuk pengajian tahun kelima kerana pada waktu pagi saya perlu hadiri kelas, kemudian terus menjalani klinikal di hospital dan selepas itu dikehendak­i membuat pembentang­an.

“Kebiasaann­ya, lepas pulang ke rumah saya akan mengulang kaji kes yang diberikan pensyarah. Pada waktu malam saya akan belajar secara berkumpula­n bersama rakan.

“Kami akan lakukan aktiviti riadah dan bersukan pada hujung minggu. Waktu cuti itu juga kami manfaatkam untuk melawat dan berkunjung ke beberapa lokasi menarik sekitar Mesir,” katanya yang menjejakka­n kaki ke sana pada 2012.

Katanya lagi, persatuan penuntut Universiti Mansoura juga kerap menganjurk­an aktiviti bertemakan riadah dan kebudayaan bagi mengisi masa lapang selain mengeratka­n ukhuwah sesama penuntut.

Memilih menyambung pengajian perubatan di Mesir kerana jumlah penuntut Malaysia yang ramai, Aswad berkata dia turut teruja menyertai aktiviti membabitka­n penuntut dari universiti lain.

“Salah satu aktiviti menarik diadakan secara tahunan adalah program anjuran UMNO yang turut mengumpulk­an penuntut dari Universiti Tanta dan Universiti Cairo.

“Biasanya mereka akan berkampung di Mansoura dan bermalam di rumah kami. Sepanjang program itu mereka jalankan pelbagai pertanding­an dan aktiviti.

“Jadi, pada waktu ini lebih ramai penuntut Malaysia kelihatan di Mansoura dan program ini selalunya diadakan sekitar April,” katanya.

Aswad turut berkongsi, suasana di negara itu lebih meriah pada Ramadan berbanding Aidilfitri.

“Di sini, satu yang berbeza adalah suasana menyambut Ramadan kerana ia lebih meriah berbanding hari raya. Beberapa minggu sebelum sambut bulan mulia itu penduduk sudah mula menghias rumah dan begitu teruja.

“Selain itu, berbeza dengan Ramadan di tanah air, Mesir tidak menganjurk­an bazar Ramadan jadi bila teringin menikmati juadah dan kuih-muih tempatan kami akan masak sendiri,” katanya.

Menurut Aswad, memasak sudah menjadi rutin kerana kebiasaann­ya dia dan rakan lebih gemar makan di rumah berbanding membeli di luar.

“Selain mahu berjimat, saya masih tidak dapat menyesuaik­an diri dengan menu dan makanan ruji harian di sini iaitu roti. Jadi, saya dan rakan bergilirgi­lir masak setiap hari kerana kami lebih suka makan nasi dengan laukpauk Melayu.

“Setiap kali semester baru, setiap seorang daripada kami akan bawa barang masakan dari Malaysia seberat 23 kilogram untuk bekalan memasak di Mesir. Ini kerana rempah dan herba Malaysia sukar diperoleh di sini,” katanya yang bakal menamatkan pengajian pada Januari 2020.

Katanya lagi, dia bakal pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian dan berkhidmat di tanah air.

“Selepas pulang nanti, saya ingin terus ambil kursus Hospital Officer selama dua tahun membolehka­n bertugas sebagai doktor di hospital dan bercadang jalani kursus berkenaan di Hospital Serdang,” katanya.

 ??  ?? ASYRIQ Aswad
ASYRIQ Aswad
 ??  ?? ASWAD (kanan) bersama pensyarah dan rakan dari pelbagai negara selepas waktu kuliah.
ASWAD (kanan) bersama pensyarah dan rakan dari pelbagai negara selepas waktu kuliah.
 ??  ?? PROFIL
Nama: Asyriq Aswad Md Saufi
Umur: 22 tahun Pendidikan: Penuntut tahun kelima pengajian perubatan di Universiti Mansoura, Eldaqahlia­h, Mesir
PROFIL Nama: Asyriq Aswad Md Saufi Umur: 22 tahun Pendidikan: Penuntut tahun kelima pengajian perubatan di Universiti Mansoura, Eldaqahlia­h, Mesir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia