BELI DAN DERMA
Penggunaan kad Touch n Go adalah
pembayaran tanpa tunai yang memberi manfaat kepada masyarakat bagi memudahkan urusan harian dan menjadikan urus niaga selamat serta cepat dalam gaya kehidupan serba
pantas pada hari ini. Touch n Go sinonim sebagai kad pembayaran tanpa tunai di lebuh raya (bayaran tol), tempat letak kereta, premis runcit dan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan mesin
layan diri pembelian minuman.