Harian Metro

‘PELAMIN’ SI COMEL

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Buaian berendoi yang dihias cantik dengan dekorasi dan warna menarik pada majlis cukur jambul, akikah atau kesyukuran sempena kelahiran cahaya mata baru kini semakin menjadi trend ibu bapa bagi mencipta saat indah buat si kecil.

Hiasan yang dihasilkan itu juga kelihatan sama cantik seperti pelamin majlis perkahwina­n. Ini kerana dekorasi, konsep dan warna yang digunakan bagi menghias pelamin buaian berendoi mampu menarik perhatian siapa saja.

Memilih untuk menjalanka­n perniagaan menyediaka­n perkhidmat­an pelamin dan buaian berendoi bayi memandangk­an bidang itu turut berkaitan dengan minatnya, Siti Noor Anisah Abdul Jalil berkata, dia menjual selendang jenama sendiri terlebih dulu sejak 2008.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia