Harian Metro

SEMUA MENU MERAH JAMBU

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Gulai lemak, nasi lemak, mihun dan roti jala berwarna merah jambu. Walaupun kedengaran agak pelik namun ia adalah menu yang disajikan di kedai makan Kakak

Hello Kitty yang beroperasi di Medan Selera Duta,

Kuala Lumpur.

Pasti ramai yang berfikir panjang sama ada mahu mencuba menu merah jambu yang tampak ‘manis’ itu. Bimbang juga jika rasanya berbeza dengan yang biasa dinikmati. Namun, selepas dicuba, ramai yang memberi maklum balas positif, malah ada yang jadi pelanggan tetap kerana rasanya yang enak.

Menceritak­an idea menghasilk­an menu berwarna merah jambu itu, pemilik kedai makan Kakak Hello Kitty yang baru-baru ini tular di laman Facebook (FB) apabila mengenakan busana Hello Kitty sedondon bersama anak perempuann­ya, Yus Amina Zawizah berkata, semua menu di kedai makannya itu bertemakan merah jambu.

“Ini adalah konsep kedai saya yang berbeza daripada pengusaha lain, selepas tular mengenai baju Hello Kitty saya dan anak, suami memberi idea untuk membuka kedai makan berkonsepk­an Hello Kitty dan menggunaka­n warna merah jambu sebagai warna rasmi kami.

“Tanpa disangka sambutan diterima amat menggalakk­an dan sekali lagi kedai serta semua menu kami tular di laman sosial yang membuatkan kedai makan Kakak Hello Kitty ini semakin dikenali,” katanya.

Yus Amina yang juga seorang usahawan produk kecantikan berkata, semua menu di kedai makannya adalah berkonsepk­an Hello Kitty antaranya Nasi Lemak Hello Kitty, Bihun Hello Kitty, Roti Jala Hello Kitty, Roti Canai Hello Kitty dan Roti Golok Hello Kitty.

“Gulai Lemak Pink saya adalah daripada sayur bayam dan warna kuah merah jambu itu adalah warna bayam yang dicampur dengan ubi keledek.

“Mungkin ramai yang tidak yakin sama ada semua menu ini boleh dimakan atau tidak namun saya memberi jaminan semuanya selamat untuk dinikmati,” ujarnya.

Menurutnya, kelainan yang diwujudkan itu membuatkan kedai makannya semakin dikenali hari demi hari dan rata-rata pelanggan yang datang teruja untuk mencuba semua menu disediakan.

“Syukur, idea dan kelainan yang cuba kami bawakan ini diterima ramai membuatkan saya dan suami semakin bersemanga­t untuk

yakini konsep

Yus Amina yang berasal dari Sungai Hala, Kelantan berkata, dia sememangny­a minat dalam bidang perniagaan sejak kecil yang menjadikan dia tekad mahu memiliki empayar perniagaan sendiri.

“Disebabkan itu juga, saya dan suami sentiasa berusaha untuk memiliki perniagaan sendiri dengan menggunaka­n konsep lain daripada yang lain.

“Memandangk­an anak saya amat meminati

Hello Kitty ditambah pula selepas kami tular di media sosial, saya yakin ini adalah konsep terbaik yang boleh saya bawakan di kedai makan saya,” katanya.

Menurut Yus Amina, sambutan di luar jangkaanny­a menyebabka­n dia dan kakitangan perlu memasak dalam kuantiti yang banyak setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Walaupun agak penat tetapi saya tidak kesah dan berasa seronok apabila ramai pelanggan mahukan menu merah jambu kami setiap hari.

“Saya dan suami akan menyusun jadual harian bermula daripada tugas membeli barangan basah sehinggala­h tugas memasak bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah terutama membabitka­n soal masa,” ujarnya.

Tambahnya, dengan tawaran harga RM5, pelanggan dapat menikmati nasi berlaukkan gulai lemak pink, ayam goreng kunyit dan air Hello Kitty.

“Saya tidak hanya memikirkan soal keuntungan sematamata kerana kepuasan pelanggan lebih utama dan disebabkan itu saya tidak meletakkan harga yang tinggi pada setiap menu.

“Bagi saya sekiranya pelanggan gembira dan sukakan setiap menu di kedai saya ia sudah cukup menggembir­akan,” katanya.

Memasang impian yang sama dengan setiap usahawan yang ingin berjaya, Yus Amina berkata, dia amat komited dengan apa yang diusahakan kini dan berhasrat untuk mengembang­kan lagi sayap perniagaan kedai makannya.

“Syukur, walaupun dalam tempoh singkat, kedai makan Kakak

Hello Kitty sudah mula dikenali ramai dan saya bercadang untuk mengembang­kan lagi perniagaan ini pada masa akan datang.

“Walaupun kedengaran agak lucu dan keanakanak­an namun nama kedai makan ini sebenarnya memberi pengaruh yang besar selain membuatkan ramai yang teruja untuk mencuba setiap menu kami,” ujarnya.

Menurut Yus Amina, dia juga berhasrat untuk mempelbaga­ikan menu di kedai makannya bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

“Selain lain daripada lain, saya juga sentiasa memastikan setiap masakan di kedai kami mempunyai keenakan rasa bagi menarik lebih ramai pelanggan.

“Bagi saya, jika hanya sekadar cantik juga tidak ada gunanya. Apa yang penting adalah kelazatan hidangan,” katanya.

 ??  ?? YUS Amina
di kedai makannya.
YUS Amina di kedai makannya.
 ??  ?? LAZAT dan lain daripada yang lain.
LAZAT dan lain daripada yang lain.
 ??  ?? WARNA merah jambu menjadi tema warna setiap menu di kedai
makan Kakak Hello Kitty.
WARNA merah jambu menjadi tema warna setiap menu di kedai makan Kakak Hello Kitty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia