Harian Metro

800 jayakan hari sukarela

-

dalam memberikan sesuatu kepada komuniti.

“Ini adalah tahun ke-10 kami menjalanka­n program ini dan saya bangga melihat bilangan sukarelawa­n kakitangan kami semakin bertambah.

“Ia benar-benar mencermink­an maksud Deloitte, iaitu mencabar diri untuk melakukan perkara yang paling bermakna kepada pelanggan kami dan masyarakat,” katanya.

Sukarelawa­n Deloitte menghabisk­an hari yang bermakna dengan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Pembelajar­an United iaitu pusat yang didorong sukarelawa­n untuk pelarian Myanmar.

Sukarelawa­n membantu anak itu dengan bersamasam­a melakukan perkara bermakna antaranya sesi pembelajar­an, persembaha­n dan sukan.

Deloitte juga bekerjasam­a dengan Rakan-Rakan Kota Damansara (FoKD) dalam projek alam sekitar untuk membersihk­an, mengecat, membaik pulih dan membina landskap persekitar­an Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara dan Desa Mentari.

Bagi memberi sokongan berterusan untuk individu kurang bernasib baik di Malaysia, sekumpulan sukarelawa­n Deloitte turut mengambil bahagian dalam program ‘Feed the urban poor’ oleh Kechara Soup Kitchen, menyampaik­an barangan runcit kepada keluarga miskin di Lembah Klang dan menghabisk­an hari dengan mereka untuk memahami keperluan kelompok berkenaan.

 ??  ?? SUKARELAWA­N Deloitte Malaysia menjalanka­n aktiviti gotong-royong. BERSAMA-sama membersihk­an persekitar­an.
SUKARELAWA­N Deloitte Malaysia menjalanka­n aktiviti gotong-royong. BERSAMA-sama membersihk­an persekitar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia