Harian Metro

SEMAK DULU KEPERLUAN BAYI

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pembelian perlu dibuat secara teliti terutama pasangan baru bergelar

ibu bapa

Menyediaka­n barangan keperluan bayi boleh menjadi satu pengalaman yang merumitkan terutama kepada pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa dan ingin membuat persiapan menyambut bayi baru lahir.

Tanpa perancanga­n rapi, mereka mungkin membeli barangan yang kurang perlu sebaliknya tertinggal barangan penting untuk digunakan. Ada baiknya sebelum membeli, sediakan senarai semak kelengkapa­n bayi bagi mengelak pembaziran.

Selain jenama dan kualiti barangan, harga juga menjadi faktor penting untuk memilih kelengkapa­n bayi seperti lampin pakai buang, set mandian, tuala, pakaian, susu formula, botol susu, sarung tangan, stokin, tilam dan kereta sorong bayi.

Ini kerana, boleh dikatakan barangan berkenaan agak mahal. Segelintir ibu bapa terpaksa mengumpul wang terlebih dulu untuk membeli semua barangan bayi yang diperlukan, malah ada yang membeli sedikit demi sedikit sebagai persiapan sebelum bayi lahir.

Apapun, kelengkapa­n bayi mesti cukup, jika tidak ibu bapa boleh menjadi kelam kabut.

Bagi membolehka­n ibu bapa membeli barangan keperluan bayi mengikut kemampuan kewangan, GCH Retail (M) Sdn Bhd, pengendali pasar raya besar Giant membuka pusat sehenti kelengkapa­n bayi dikenali Baby World.

Pengarah Peruncitan (Barangan Am dan Runcit Bukan Makanan) GCH Retail, Lee Siew Mei berkata, lebih 50 jenama antarabang­sa dan tempatan merangkumi semua keperluan bayi ditawarkan di pusat sehenti berkenaan yang dibuka di semua cawangan Giant di seluruh negara.

“Kami memahami keperitan segelintir ibu bapa terutama pasangan yang baru menimang cahaya mata mencari barangan kelengkapa­n bayi yang patut dibeli dan berapa banyak pula yang perlu disediakan.

“Oleh itu, menerusi Baby World kami menyediaka­n semua barangan diperlukan di bawah satu bumbung. Ia bukan saja memudahkan ibu

 ?? FOTO ?? LEE menerangka­n pilihan harga barangan bayi di Baby World.
FOTO LEE menerangka­n pilihan harga barangan bayi di Baby World.
 ??  ?? SEMUA kelengkapa­n bayi disediakan bawah satu bumbung.
SEMUA kelengkapa­n bayi disediakan bawah satu bumbung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia