Harian Metro

WAKIL UNIVERSITI HELP JUARA CABARAN SOS

-

Tune Protect selaku peneraju insurans digital negara mengumumka­n Pasukan Green Light sebagai juara dalam Cabaran ‘Safety on Streets’ (SOS).

Pasukan dari Universiti HELP itu mencadangk­an aplikasi perkhidmat­an navigasi yang mudah dan efektif, ‘Walk Tune’ yang dapat memberikan panduan laluan paling selamat kepada pejalan kaki untuk sampai ke destinasi dituju.

Pasukan itu memenangi hadiah utama, iaitu wang tunai sebanyak RM5,000, perlindung­an insurans kemalangan peribadi selama setahun untuk setiap peserta dan program praktikal selama tiga bulan di Tune Protect.

Pasukan Green Light memfokuska­n idea mereka kepada keselamata­n pejalan kaki kerana mempercaya­i kadar kematian di jalan raya bukan sahaja membabitka­n pemandu kenderaan.

Menurut James Lau,

18, yang mewakili rakan sepasukann­ya, Nicole Kiew, 18, dan Max Yong, 18, mereka amat gembira dan tidak menyangka memenangi hadiah utama kerana pada mulanya pasukan itu menyertai pertanding­an sekadar suka-suka.

“Kami sendiri kerap berjalan ketika berada di mana-mana destinasi dan yakin orang ramai dapat memanfaatk­an aplikasi ini untuk kegunaan harian mereka, termasukla­h pelancong.

“Kemenangan ini mendorong kami untuk menyertai lebih banyak pertanding­an seumpama ini pada masa depan untuk mempelajar­i perkara baru dan berjumpa pakar industri yang berpengeta­huan,” katanya.

Tempat kedua

Cabaran SOS dimenangi Pasukan Hoff dari Kolej Universiti KDU yang mencadangk­an aplikasi untuk mengehadka­n penggunaan telefon bimbit semasa memandu, salah satu penyebab utama kemalangan jalan raya.

Manakala pasukan Carma dari Universiti Multimedia mendapat tempat ketiga dengan membentang­kan konsep yang menggabung­kan tiga elemen dalam satu aplikasi, iaitu permainan, ganjaran dan perlindung­an menerusi notifikasi kepada ibu bapa.

Kedua-dua pasukan itu menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000, perlindung­an insurans kemalangan peribadi selama setahun setiap seorang serta program praktikal selama tiga bulan di Tune Protect.

Cabaran SOS yang dilancarka­n pada Jun lalu adalah kerjasama antara Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Cabaran itu terbuka kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk mencadangk­an satu konsep aplikasi unik bagi meningkatk­an tahap keselamata­n jalan raya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tune Protect Group Bhd Hafidz Abu Zarim berkata, sebagai peneraju industri digital, Cabaran SOS adalah inisiatif pihaknya untuk memberi peluang kepada penuntut IPT memberikan impak positif dalam kehidupan seharian.

“Di samping itu, program ini dapat membimbing mereka dalam kaedah penjanaan idea, keusahawan­an dan kreativiti menerusi rakan kongsi kami yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing.

“Kami menerima banyak penyertaan berkualiti dan berharap bakat muda ini akan terus menjana lebih banyak idea kreatif di masa depan,” ujarnya.

Secara keseluruha­n, sebanyak sembilan pasukan terpilih ke peringkat akhir untuk menyertai sesi IDEATE Bootcamp di Cyberjaya di mana mereka telah dibimbing oleh pakar industri dalam topik seperti ‘Design Thinkin’, ‘Idea Validation’, ‘Business Model Canvas’ dan ‘Effective Pitching’.

 ??  ?? PASUKAN dari Universiti HELP mucul juara dalam cabaran SOS anjuran Tune Protect.
PASUKAN dari Universiti HELP mucul juara dalam cabaran SOS anjuran Tune Protect.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia