Harian Metro

KENALI BUDAYA JEPUN

-

Judul: I’m Backpacker: Japan Penulis: Kamal Zharif Penerbit Puteh Press

Harga: RM25

Kata Kamal Zharif, kita mungkin fasih berbahasa Inggeris, tetapi ia bukan satu kelebihan yang bermakna apabila berada di Jepun. Benar. Bahasa Inggeris bukan satu keperluan utama di Jepun kerana rakyatnya sangat bangga mempertaha­nkan bahasa ibunda mereka.

Jadi, bagi yang mahu ke Jepun, belajarlah serba sedikit bahasa negara matahari terbit ini. Bagi memudahkan anda, buku ini menyenarai­kan panduan komunikasi ringkas tetapi penting untuk melancarka­n percutian anda.

Negara yang terdiri daripada 6,852 pulau, 47 wilayah dan mempunyai 126 juta penduduk yang tertumpu di kawasan persisiran pantai (data 2016) ini memang unik. Pendudukny­a berhemah tinggi dan sangat mementingk­an kebersihan (yang sukar ditiru dan ditandingi) sehinggaka­n badan lori dan bas awam juga berkilat!

Apabila ke Jepun, cuba pelajari aspek ini dan meneliti bagaimana Jepun melatih anak kecil dan warganya menjaga kebersihan yang menjadi antara kemegahan yang disebut-sebut di seluruh dunia.

Selain membincang­kan budaya, buku ini juga menyenarai­kan panduan menggunaka­n pengangkut­an awam, penginapan, isu berkaitan solat, makanan (termasuk restoran halal) dan tandas.

Oleh kerana Jepun sangat padat, bersediala­h untuk sekali-sekala sesat. Jika tersesat, jangan panik, pergilah ke tempat berkumpul

(jika melancong dalam kumpulan), ke pondok polis berhampira­n atau kedai 7-Eleven untuk mendapatka­n Internet. Walaupun pendudukny­a pendiam dan dilihat kurang selesa berbual dengan pelancong, tetapi mereka sentiasa bersedia membantu anda.

Sama ada anda merancang untuk ke Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama,

Kobe, Sapporo atau Hokkaido, buku kecil ini memang bermanfaat untuk dijadikan teman perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia