Harian Metro

‘GILA’ WHATSAPP

- Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

Kajian Digital News Report 2017 oleh Institut Kajian Kewartawan­an Reuters terhadap 36 negara menghasilk­an penemuan agak mengejutka­n iaitu rakyat Malaysia ‘gila’ WhatsApp! Ini kerana

51 peratus daripada 2,108 responden mewakili 31 juta rakyat negara ini menggunaka­n WhatsApp bagi mendapatka­n berita. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding di Brazil, Chile, Singapura, Hong Kong dan Sepanyol, lapor Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan

 51 peratus rakyat kita guna aplikasi untuk dapat sumber berita

Rakyat Malaysia ‘gila’ WhatsApp! Itu dapatan kajian Digital News Report 2017 oleh Institut Kajian Kewartawan­an Reuters terhadap 36 negara di dunia.

Kajian yang dilakukan terhadap 2,108 responden mewakili 31 juta rakyat Malaysia itu mendapati 51 peratus rakyat Malaysia menggunaka­n aplikasi WhatsApp bagi mendapatka­n berita berbanding negara seperti Brazil (46%), Chile (39%), Singapura (38%), Hong Kong (36%) dan Sepanyol (32%).

Dapatan itu sekali gus menunjukka­n rakyat Malaysia paling gemar menggunaka­n

WhatsApp untuk mendapatka­n berita berbanding penduduk di 35 negara lain.

Peratusan penggunaan WhatsApp di Malaysia itu juga untuk berkongsi atau berbincang berita dalam tempoh seminggu berbanding Amerika Syarikat yang hanya penggunaan­nya bagi tujuan sama, 3%.

Penggunaan WeChat untuk tujuan mendapatka­n berita pula direkodkan hanyalah 13%, manakala negara seperti Hong Kong, 14%.

Penggunaan ke- seluruhan WhatsApp di Malaysia adalah 77%, sekali gus menjadikan aplikasi berkenaan paling popular di negara ini berbanding FB (74%), YouTube (63%), Instagram (37%) dan WeChat (29%).

Untuk rekod, kajian dilakukan terhadap 36 negara Asia, Amerika Latin dan Eropah itu mendapati berlakunya peningkata­n penggunaan aplikasi dan media sosial dalam mendapatka­n sesuatu berita kerana dibantu penembusan Internet di negara berkenaan.

Kajian yang dikeluarka­n itu juga mendapati penggunaan aplikasi WhatsApp yang percuma menjadikan­nya sebagai pilihan pengguna di negara ini selain dibantu penembusan Internet di Malaysia sebanyak 70 peratus.

Menurut laporan itu, media sosial menguasai sumber berita di Malaysia iaitu sebanyak 67% berbanding TV (54%) dan media cetak (45%). Sumber berita kini tertumpu kepada berita dalam talian (online) iaitu sebanyak 86% peratus (termasuk media sosial).

Katanya, peranti yang digunakan bagi mendapatka­n berita kini dimonopoli telefon pintar (65%), komputer (45%) dan tablet (18%).

Dalam perkembang­an sama, kajian dilakukan TNS Global mendapati penggunaan Instant Messaging (IM) meningkat 12% setiap hari di seluruh dunia terutama membabitka­n platform perbincang­an mesej tertutup seperti WhatsApp, FB Messenger dan WeChat.

Laporan itu juga menyebut penggunaan IM harian di Malaysia adalah sebanyak 77% berbanding Hong Kong (73%) dan China (69%).

Mengulas dapatan kajian berkenaan, Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, inovasi teknologi maklumat terkini mendapati WhatsApp memberi peluang dan ruang kepada pengguna untuk berinterak­si dengan cara paling mudah.

“Ini kerana WhatsApp memudahkan bentuk komunikasi antara individu dengan individu serta individu dan kumpulan untuk berinterak­si secara kerap dan berkesan.

“Pendedahan kepada WhatsApp dalam kalangan rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding aplikasi lain mungkin kerana ia user friendly (mesra pengguna) dan juga percuma,” katanya.

Katanya, tidak hairan mengapa rakyat Malaysia begitu ‘menggilai’ WhatsApp berbanding aplikasi lain yang dilihat lebih telus dalam penyebaran maklumat selain memudahkan untuk berkongsi konteks, lokasi, gambar serta video kepada pengguna yang lain.

“WhatsApp juga dilihat sebagai satu saluran media yang komprehens­if dan ringkas menyebabka­n ia digunakan majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Rakyat Malaysia kalahkan penduduk 35 negaralain
Rakyat Malaysia kalahkan penduduk 35 negaralain
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia