Harian Metro

SULTAN KEDAH KE-29 DIMASYHUR

FAKTA Baginda anakanda kesembilan daripada 14 putera dan puteri Sultan Kedah ke-26

- Meor Riduwan Meor Ahmad, Aizat Sharif, Embun Majid, Ili Shazwani, Zuliaty Zulkiffli dan Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my Alor Setar

 Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah dimasyhur Sultan Kedah ke-29

Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah, 75, secara rasmi dimasyhurk­an Sultan Kedah ke-29, semalam.

Baginda menggantik­an Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat kelmarin.

Istiadat pengumuman pemasyhura­n Sultan Kedah yang baru dibuat Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Balai Penghadapa­n, Istana Anak Bukit.

Beliau berkata, pengisytih­aran itu selaras kuasa diberikan kepadanya mengikut Perkara 8,9,10 dan 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah yang bermesyuar­at kelmarin.

“Mesyuarat ini bersetuju mengangkat dan mengisytih­arkan menurut Perkara 17 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, (bahawa) Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah sebagai raja pemerintah ke-29 Negeri Kedah dan jajahan takluknya mulai 12 September 2017 (semalam),” katanya.

Sejurus pengumuman itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja selaku Ketua Istiadat Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah mengiringi sultan bersemayam di singgahsan­a.

Istiadat penuh takzim diikuti dengan beliau melafazkan ungkapan Daulat Tuanku tiga kali diikuti tiupan nafiri dan bacaan doa Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

Syed Unan memohon perkenan Tunku Sallehuddi­n untuk istiadat pemakaman jenazah almarhum sultan.

Tunku Sallehuddi­n diputeraka­n pada 30 April 1942 dan mendirikan rumah tangga dengan Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff serta dikurniaka­n dua putera, Datuk Tunku

Sarafudin Badlishah dan Datuk Tunku Shazuddin Ariff.

Baginda adalah anakanda kesembilan daripada 14 putera dan puteri Sultan Kedah ke-26, Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah Kedah dari 1943 hingga 1958.

Meminati bidang ketenteraa­n, Tunku Salehuddin pernah menjalani latihan kadet dan dihantar ke India menjalani kursus ketenteraa­n di Indian Military

Academy di Dehra Dun bermula dari 23 Julai 1962 hingga 30 Jun 1963.

Selepas kembali ke tanah air, Tunku Salehuddin ditauliahk­an, pangkat Leftenan pada 12 Februari 1964 dan ditempatka­n di Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Tunku Sallehuddi­n juga adalah Canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Yang Dipertua, Majlis Agama Negeri Kedah.

 ??  ??
 ??  ?? TUNKU Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang ke-29 di Balai Penghadapa­n Baru, Istana Anak Bukit, semalam.
TUNKU Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang ke-29 di Balai Penghadapa­n Baru, Istana Anak Bukit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia