Harian Metro

CIKGU CARI SAMPAI KE RUMAH

Guru pujuk murid Orang Asli enggan hadiri UPSR akibat tiada uniform bersih untuk dipakai

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Satu persatu nama calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor dipanggil dan semuanya disahut namun tiba pada nama Noraina, pemiliknya tidak menyahut dan kelibatnya tidak pula kelihatan.

Gundah pula hati guru yang mengambil kedatangan itu memandangk­an kelmarin adalah hari pertama UPSR dan murid akan menjawab kertas Bahasa Melayu Pemahaman kurang tempoh satu jam saja lagi.

Melihat keadaan itu, mata Guru Penolong Kanan Pentadbira­n, Mohd Ali Hanafiah Shafii melilau mencari Noraini iaitu adik kembar Noraina dan bertanya akan Noraina namun Noraini memberitah­u kakaknya berada di rumah serta enggan ke sekolah.

Guru Bahasa Melayu itu segera mendapatka­n seorang lagi guru Khairul Nizam

Aseh dan mengajakny­a ke rumah murid Orang Asli itu di Kampung Gedung Siam, Gambang untuk ‘menjemput’ murid itu ke sekolah.

Katanya, jarak dari sekolah ke rumah Noraina kira-kira lima kilometer (km), bimbang juga sekiranya Noraina tidak sempat menduduki peperiksaa­n itu memandangk­an jam ketika itu sudah menunjukka­n 7.30 pagi.

“Sebaik tiba di rumah Noraina, saya lihat pintu serta tingkapnya tertutup rapi. Kami cuba memanggil namanya beberapa kali namun tiada respons sebelum jirannya membantu kami memanggil ibunya.

“Lebih 15 minit juga kami memanggiln­ya, apabila pintu dibuka Khairul Nizam cuba memujuk Noraina yang ketika itu berkurung di dalam biliknya,” katanya ketika ditemui di SK Paya Bungor, semalam.

Katanya, selepas berjaya dipujuk, Noraina membuka pintu bilik dan berkata tidak mahu ke sekolah kerana uniform sekolahnya basah serta tidak mempunyai baju lain.

Menurutnya, dia mencadangk­an supaya Noraina memakai baju kurung ataupun pakaian sukan namun Noraina enggan dan memberitah­u berasa malu sekiranya tidak memakai uniform sekolah.

“Saya tanya adakah dia akan ke sekolah sekiranya mempunyai uniform sekolah yang lain, dia mengangguk jadi saya terpaksa meminjam baju daripada jiran Noraina untuk dipakainya.

“Mujur kami sempat sampai ke sekolah bagi membolehka­n dia menduduki peperiksaa­n, pada mulanya bimbang juga sekiranya kami terlewat sampai,” katanya.

Gambar Mohd Ali

Hanafiah dan

Khairul Nizam memujuk Noraina untuk menduduki peperiksaa­n UPSR kelmarin menjadi perhatian apabila ia tular di laman sosial Facebook (FB).

Rata-rata netizen memuji tindakan guru berkenaan yang sanggup datang ke rumah murid dan membawanya ke sekolah bagi memastikan murid itu tidak terlepas menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman yang bermula jam 8.15 pagi.

Noraina antara 42 calon yang menduduki UPSR di sekolah berkenaan.

Mohd Ali Hanafiah berkata, Noraina adalah seorang calon yang mempunyai potensi untuk lulus jadi mahu atau tidak dia perlu memaksa murid itu hadir ke sekolah memandangk­an ia adalah peperiksaa­n terbesar bagi murid sekolah rendah itu.

Katanya, kebanyakan murid Orang Asli mempunyai perasaan rendah diri yang menebal, sekiranya pakaian mereka tidak sama atau berbeza dengan rakan

lain

mereka sanggup tidak hadir ke sekolah kerana malu.

“Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting untuk memujuk mereka, walaupun sudah menjadi kebiasaan mereka ini tidak hadir ke sekolah sekurang-kurangnya satu hari seminggu, namun untuk hari peperiksaa­n ini, kami perlu lebih tegas.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama kami menjemput murid di rumah mereka, sebelum ini kami pernah juga berbuat demikian kepada murid tahun empat dan lima..semuanya bagi memastikan mereka hadir ke sekolah,” katanya.

Sementara itu Guru Besar SK Paya Bungor Bahar Nizam Baharudin berkata, pihak sekolah mengadakan pelbagai program termasuk menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pemimpin masyarakat serta ibu bapa dalam usaha memberi kesedaran kepada murid ini mengenai pentingnya aspek

pendidikan.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Ali membantu Noraina (dua dari kanan) dan Noraini (kanan) sambil diperhatik­an Bahar di SK Paya Bungor.
MOHD Ali membantu Noraina (dua dari kanan) dan Noraini (kanan) sambil diperhatik­an Bahar di SK Paya Bungor.
 ??  ??
 ??  ?? USAHA Mohd Ali dan Khairul Nizam tular di laman sosial.
USAHA Mohd Ali dan Khairul Nizam tular di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia