Harian Metro

Rumah berdentum ketika mahu berwuduk

FAKTA Tiga penyewa rumah kini bercuti di kampung halaman

-

Klang: “Ketika masuk ke tandas untuk berwuduk, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat sebelum terdengar jeritan jiran menjerit memanggil ‘mak cik, cepat keluar’,” kata warga emas, Siti Saiyah Dulhamid, 73, yang terselamat selepas treler merempuh rumah sewa berhampira­n.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam, rumah sewa milik wanita itu terletak sebelahan kediamanny­a di Jadari lan Kereta Api, Kampung Perepat, di sini, rosak teruk.

Siti Saiyah berkata, insiden berlaku ketika dia bersiap untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya.

Menurutnya, dia bersyukur tiga penyewa rumahnya bercuti di kampung halaman.

“Mujur mereka tiada dan saya tidak tahu nasib mereka sekiranya ada di dalam rumah itu,” katanya yang tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Kapar untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Atan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 6.24 pagi.

“Setibanya di lokasi, lelaki yang juga pemandu treler berusia 58 tahun didapati tersepit dan cedera di dalam kenderaan itu.

“Kami mengeluark­an mangsa dan menyerahka­n kepada ambulans untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.

 ??  ?? SITI Saiyah menunjukka­n keadaan treler yang merempuh rumah sewanya di Jalan Kereta Api, Kampung Perepat, Klang.
SITI Saiyah menunjukka­n keadaan treler yang merempuh rumah sewanya di Jalan Kereta Api, Kampung Perepat, Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia