Harian Metro

CEO cabul jururawat direman empat hari

-

Subang Jaya: Sengaja cari nahas. Itu gambaran terhadap tindakan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkemuka bergelar Datuk yang mencabul seorang jururawat ketika mendapatka­n rawatan.

Kejadian dikatakan berlaku Jumaat lalu ketika suspek berusia 58 tahun pergi ke sebuah hospital swasta, di sini, untuk mendapatka­n rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa yang berusia 19 tahun mendakwa dicabul lelaki terbabit sekitar jam 7.30 malam di sebuah bilik wad di hospital itu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa punggung dan payudarany­a disentuh suspek selain pipinya turut dicium.

“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini,

“Suspek ditahan ketika diambil keterangan oleh pegawai polis di IPD Subang Jaya jam 9 pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu bagi membantu siasatan.

“Suspek yang terkenal berikutan terbabit dalam industri pelaburan dan hartanah kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? FADZIL
FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia