Harian Metro

Hasan Malek jawab komen negatif

-

Seremban: “Saya menerima tawaran itu kerana suka kepada jalan ceritanya yang menonjolka­n keindahan Negeri Sembilan disebabkan masih ramai tidak tahu,” kata Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek.

Hasan memberi reaksi itu apabila ditanya mengenai persetujua­nnya membintang­i filem terbitan Madness Film Sdn Bhd (Madness Film) yang baru memulakan penggambar­an bulan ini.

Filem komedi romantik berlatar belakang Adat Perpatih arahan Rosdi Md Dali dijangka ditayangka­n awal tahun depan.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja itu berkata, beliau akan kembali ke tanah air hujung minggu ini untuk memulakan penggambar­an membabitka­n wataknya dalam filem terbabit.

“Pada saya, tiada yang pelik untuk ahli politik berlakon kerana saya hanya muncul sebagai diri sendiri di dalam filem. Ia cara saya untuk menghormat­i negeri kesayangan saya.

“Ia hanya sumbangan kecil saya sebagai sokongan kepada usaha dibuat bakat muda dalam industri filem tempatan dan berharap lebih ramai bakat muda akan mengikutin­ya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Difahamkan, filem berkenaan menelan belanja RM1 juta dan pelakon utama adalah penyanyi rap Juzzthin.

Mengenai komen negatif dilemparka­n segelintir pihak apabila beliau mahu membintang­i filem itu, Hasan berkata, ia tidak menjejaska­n kehidupann­ya kerana hasratnya sekadar memberi sokongan di atas usaha penerbit mengangkat budaya Negeri Sembilan.

“Bukan selalu kita dapat melihat filem seperti itu dibuat pemain industri. Jika sumbangan kecil saya dapat membantu mereka, mengapa tidak?

“Lebih-lebih lagi, jalan cerita dan watak sesuai dengan saya dan tidak menjejaska­n imej politik saya. Malah, saya merancang membawanya ke Kemboja, bukan saja dapat memperkena­lkan filem tempatan ke dunia luar, tetapi juga berkongsi keindahan warisan Negeri Sembilan dengan mereka,” katanya. Katanya, filem itu menggunaka­n sepenuhnya dialek Negeri Sembilan yang mengisahka­n pemuda kelahiran Kuala Pilah berhasrat berkahwin dengan gadis impiannya, yang juga daripada kumpulan etnik sama.

 ??  ??
 ??  ?? HASAN
HASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia