Harian Metro

Rungkai nikah, cerai

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Mahkamah dengar permohonan Joy, Ray isu kahwin di Thailand

Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menetapkan 19 September ini bagi pendengara­n permohonan pengesahan pernikahan antara usahawan produk kecantikan, Joy Revfa dan Datuk Ray Imran.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Kehakiman Aminullah Baharin, jam 10.30 pagi.

Peguam syarie Ismail Mohd yang mewakili Joy berkata, kehadiran beliau bersama anak guamnya berkaitan pengurusan kes dan dokumen permohonan pengesahan pernikahan yang difailkan sebelum ini.

“Permohonan pengesahan nikah mereka di Thailand itu akan didengar hakim pada 19 September ini (Selasa minggu depan) sekiranya tiada berlaku sebarang halangan.

“Selepas prosiding itu selesai, satu prosiding lain iaitu berkaitan perceraian pula akan didengar,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah itu.

Turut hadir, Joy atau Siti Arifah Amin, 30, dan dua lagi peguamnya, Nur Hafiz Roslan dan Aznor Suhaida Dollah selain Ray Imran, 46, serta peguamnya, Hazwan Mohd Nor.

Menurut Ismail, pernikahan dan perceraian kedua-dua mereka sememangny­a berlaku pada 2015.

“Oleh itu, tugas kita di mahkamah untuk menentukan ia sah terlebih dulu sebelum diteruskan pula dengan prosiding permohonan faraq.

“Saya juga ingin menjelaska­n bahawa permohonan faraq itu bukan pembubaran pernikahan, tetapi ia perpisahan kehakiman (sementara). Ia tidak seperti yang banyak dilaporkan media sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai status perkahwina­n antara Joy dan penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun, 33, Ismail berkata, jika mahkamah menerima permohonan pengesahan itu, isu yang dibangkitk­an dianggap selesai.

Media sebelum ini melaporkan berlaku konflik perkahwina­n Joy dan Hafiz apabila mereka didakwa tidak tinggal sebumbung dan ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Bulan lalu, Joy memfailkan permohonan faraq di Mahkamah

Rendah Syariah Subang Bestari kerana didorong tindakan Hafiz yang meragui pernikahan mereka.

Sementara itu, Ray Imran atau Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim berkata, selain menjadi responden, kehadirann­ya bertujuan memberi kerjasama penuh bagi prosiding berkenaan dan mahu isu yang timbul segera diselesaik­an.

Selain itu, beliau turut menimbangk­an untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluark­an kenyataan tidak benar membabitka­n kemelut perkahwina­n bekas isterinya yang sekali gus turut mencalarka­n imejnya sebagai pengusaha produk kosmetik.

 ??  ??
 ??  ?? JOY Revfa
JOY Revfa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia