Harian Metro

Bayi kaku di pusat asuhan

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

“Alasan diberikan tidak masuk akal. Pekerja pusat jagaan itu mendakwa bayi kami tidak sedarkan diri mendadak ketika tidur,” luah Noor Shulaila Yaacob, 28, ibu kepada bayi perempuan yang meninggal dunia akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Hulu Kelang, di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi Jumaat lalu, mangsa Nafisah Muhammad Izzuddin berusia tiga bulan disahkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia akibat saluran pernafasan tersumbat dengan susu.

Lebih menyedihka­n apabila bayi itu baru empat hari dihantar ke pusat jagaan itu.

Noor Suhaila berkata, suaminya, Muhammad Izzuddin Mau Yussman, 28, menghantar anak kedua mereka pada jam 7.30 pagi hari kejadian.

Dia dimaklumka­n pekerja pusat jagaan itu Nafisah tidak sedarkan diri.

“Ketika kejadian, saya berada di Stadium Merdeka atas urusan kerja dan meminta suami dan bapa mentua, Yussman Yusof, 62, segera ke pusat jagaan itu bagi melihat keadaan Nafisah.

“Saya dimaklumka­n bapa mentua tubuh Nafisah bertukar kuning dan kaku. Mereka menghantar­nya ke klinik swasta berhampira­n untuk pemeriksaa­n,” katanya.

Nafisah dikejarkan ke HKL selepas doktor di klinik itu mendapati dia seakan-akan tidak bernyawa.

“Pemeriksaa­n lanjut di HKL mengesahka­n dia meninggal dunia. Hasil bedah siasat awal mendapati Nafisah maut akibat saluran pernafasan­nya tersumbat dengan susu.

“Kami membuat laporan di pondok polis HKL sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Hulu Klang, di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya yang mengebumik­an jenazah bayinya di Tanah Perkuburan AU4, di sini, Sabtu lalu.

 Budak 3 bulan meninggal salur pernafasan tersumbat susu

Ketika disoal, dua pekerja pusat jagaan itu masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 50-an memberi alasan tidak masuk akal.

“Saya dimaklumka­n Nafisah dijaga seorang daripada pekerja wanita warga Indonesia.

“Ketika kejadian, wanita itu mendakwa anak sayatidur dan mencuci botol susunya sebelum menyedari Nafisah tidak sedarkan diri.

“Dia memaklumka­n ada memberi susu kepada Nafisah pada jam 8 pagi sebelum memandikan dan menidurkan­nya,” katanya.

Noor Shuhaila memberitah­u pemilik pusat jagaan itu tidak menghubung­inya untuk menjelaska­n perkara yang berlaku.

“Pusat jagaan itu menutup operasi sejak semalam (kelmarin),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NAFISAH meninggal dunia akibat tersedak susu, Jumaat lalu.
NAFISAH meninggal dunia akibat tersedak susu, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia