Harian Metro

20 dakwa ditipu ‘doktor’ wanita

-

Kuala Lumpur: Seramai 20 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang ‘doktor’ wanita melalui pelbagai urus niaga ditawarkan.

Kebanyakan mangsa mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit selepas dijanjikan pelbagai bayaran untuk perkhidmat­an diberikan.

Bagaimanap­un, rata-rata mangsa mendakwa sehingga kini tidak mendapat bayaran daripada wanita yang memperkena­lkan diri sebagai

ketua pegawai eksekutif sebuah agensi di Shah Alam, Selangor.

Seorang mangsa, Noraini Ishak, 54, berkata, dia tertipu apabila dilantik sebagai ‘orang tengah’ untuk menguruska­n karnival pendidikan di Shah Alam pada April lalu.

“Wanita itu meminta saya mencari artis dan deejay selepas dijanjikan bayaran RM13,000 atas perkhidmat­an itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, beberapa mangsa lain turut tampil dengan mendakwa kerugian hampir RM120,000.

“Kami masih mengumpul mangsa penipuan wanita itu. Hampir 100 individu termasuk bekas pekerja, pelajar dan pensyarah membuat laporan polis,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang mendakwa ditipu seorang ‘doktor’.
MANGSA yang mendakwa ditipu seorang ‘doktor’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia