Harian Metro

Pergi jua kawan...’

-

 Pegawai polis wanita, rakan terbabit dalam kemalangan meninggal dunia

Ibai, meninggal dunia ketika dirawat di hospital sama pada 9.32 pagi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku 3.15 pagi apabila kereta dinaiki mereka yang datang dari arah Kampung Batu Enam menghala ke Jambatan Sultan Mahmud terbabas.

Menurutnya, dua mangsa yang parah kemudian dibawa ke HSNZ untuk rawatan sebelum pemandu disahkan meninggal dunia selepas enam jam dirawat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu turut menguruska­n jenazah pegawai terbabit untuk dihantar pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak,” katanya.

Terdahulu, hampir 50 pegawai dan anggota IPK Terengganu termasuk Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Idris Abdullah hadir memberi penghormat­an terakhir kepada mangsa di Unit Forensik HSNZ.

Sementara itu, kakak mangsa, Julizan Elyza, 33, berkata, adiknya tinggal bersamanya sejak ditugaskan di PULAPOL Dungun berkenaan sejak awal tahun ini.

Menurutnya, adiknya itu yang juga anak kedua daripada tujuh beradik sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu pada 2012 sebelum dipindahka­n ke IPK Terengganu.

“Jenazah arwah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Paduka Raja, Teluk Intan dan dijangka dibawa pulang ke kampungnya pada malam ini (malam tadi),” katanya.

 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ?? SEBAHAGIAN PPegawai dan anggota polis yang hadir di HSNZ selepas Junaidah (gambar kecil) disahkan meninggal dunia.
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK SEBAHAGIAN PPegawai dan anggota polis yang hadir di HSNZ selepas Junaidah (gambar kecil) disahkan meninggal dunia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia