Harian Metro

Gelap malam, hujan lebat ragut nyawa

-

Hujan lebat selain suasana gelap dipercayai faktor mendorong kemalangan membabitka­n motosikal dan pacuan empat roda di Kilometer 61.5, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Batu

Jong, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian 7.55 malam itu, Kamalanath­an Narayanan, 23, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda berusia 54 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Abdullah Roning berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang juga graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam perjalanan dari arah bandar Kuala

Krai menghala ke Kota Bharu.

“Apabila tiba di lokasi, pemandu pacuan empat roda berusia 54 tahun dari arah Kota Bharu memberi isyarat untuk membelok ke simpang kanan jalan.

“Mangsa dipercayai gagal melihatnya dan perlanggar­an berlaku secara berdepan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian hujan lebat dan persekitar­an agak gelap.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia